Saturday, May 14, 2011

Bagaimana Pesawat Terselamat Daripada Panahan Kilat & Petir

Sesiapa saja tentu berasa amat takut dengan sambaran kilat apatah lagi diikuti  pula dengan bunyi dentuman petir  yang begitu kuat. Pesawat yang yang sedang melakukan penerbangan di udara sudah biasa melalui saat cemas ditembak panahan kilat & petir yang bervoltan tinggi.  Namun apa yang menakjubkan kebanyakan pesawat mampu menepis tembakan halilintar tersebut.
David Learmount, pegawai operasi dan editor keselamatan dari laman Flightglobal, mengatakan beliau tidak terkejut jika sebuah pesawat Airbus A380, pesawat komersial terbesar di dunia, selamat daripada sebarang kerosakan setelah di panah petir.  
"Pesawat boleh terkena petir beberapa kali setahun. Walaupun kita lihat kejadian seperti ini boleh dilihat sangat dramatik, ia  tidak memberikan kesan apa-apa. Bagaimana ia terselamat?