Thursday, May 12, 2011

Kanak-Kanak Berkuasa Magnet

Crotia- Ivan Stoiljkovic, 6 tahun seperti kanak-kanak  lain di kotanya. Namun dia mempunyai keitimewaan luar biasa yang tidak dimilki oleh rakan sebayanya di dunia.  Beberapa bahagian tubuhnya mampu bertindak seperti magnet dan berupaya untuk melekatkan benda-benda logam pada tubuhnya. Malah dia juga boleh menampung sehingga 25kg peralatan logam menempel pada tubuhnya. 
Keistimewaan Ivan bukan saja mampu melekatkan barang logam, kuasa magnet yang ada pada tubuhnya dapat mengurangkan rasa sakit perut datuknya Ivo dan dan pernah merawat jirannya yang terluka kakinya dalam kemalangan traktor.  Ivo mengatakan bahawa ketika cucunya meletakkan tangannya di perut, dia berasa sangat panas dan rasa sakitnya segera hilang.
Namun begitu kesan sampingan yang yang terpaksa dihadapai oleh Ivan ialah badannya akan berasa cepat lemah apabila sering menggunakan kuasa magnet tubuhnya.  Lihat video..