Sunday, April 10, 2011

Hotel Angkasa Lepas Pertama di Buka 2012

Barcelona: Hotel di ruang  angkasa lepas yang selama ini hanya ada dalam cerita fiksyen ilmiah akan benar-benar wujud. Newslite melaporkan, baru-baru ini, hotel angkasa lepas pertama di dunia, Galactic Suite, akan mula beroperasi pada 2012.  Meskipun masih dalam tahap pembangunan, hotel ini telah menjadi impian para hartawan  berdompet tebal.
Setakat ini seramai 43 orang pelancong angkasa kepas telah menempah  bilik untuk hotel stesen ruang angkasa lepas yang berjarak 450 km dari bumi itu. Pelancong angkasa lepas perlu mengeluarkan sejumlah wang sebanyak £2,650,000  [RM15 juta] untuk berlibur di luar angkasa, sekaligus menginap selama empat hari di hotel itu. Di sana, mereka berpeluang  melihat matahari terbit 15 kali sehari.  
Lebih menarik lagi mereka dapat melihat perubahan  hari siang dan malam di seluruh dunia setiap 80 minit.