'What Every Man Thinks About Apart From Sex' [Apa Setiap Lelaki Fikirkan Selain dari Seks'], begitulah tajuk sebuah buku catatan 200 halaman kosong yang dihasilkan oleh Mr Sheridan Simove , 39 tahun lulusan Universiti Oxford telah memecah rekod sebagai buku terlaris di kalangan pelajar-pelajar di Britain. Buku berhalaman kosong dengan tajuk sensasi itu telah disalah anggap pembeli bahawa buku tersebut benar-benar sebuah buku tentang seks walhal ia memang hanyalah buku berhalaman kosong atau buku catatan.
Menurut Simove, buku nota yang berharga £4.69 [RM 25.00] itu pada awalnya dipasarkan hanyalah untuk dijadikan sebagai hadiah, serta bahan kajian untuk mengetahui apakah yang sering difikirkan oleh setiap pelajar lelaki selepas habis kuliah tetapi tidak menjangkakan sama sekali ia telah digunakan oleh pelajar-pelajar sebagai buku catatan semasa menghadiri kuliah di kolej dan universiti kerana tajuk buku tersebut yang sensasi. Melihat jumlah bukunya yang begitu laris, Simove merumuskan bahawa pelajar lelaki barat sememangnya amat ghairah dengan perkara tersebut dan tidak pernah terlepas memikirkan tentang seks yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran mereka.