Thursday, February 24, 2011

Tuah Sekeping Gambar Kembar Enam di Facebook, Oprah Winfrey Menghadiahkan $250,000

Tuah sekeping foto unik " Rozonno dan Mia McGhee bersama kembar enam mereka"  - Olivia, Madison, Rozonno Jr, Yosia, Elia dan Ishak - muncul dalam rancangan talk show Oprah hari ini selepas mereka menjadi sensasi di internet.  
Tuah yang tidak disangka bermula apabila Mia memuat naik foto yang sungguh unik dan menarik  di halaman Facebooknya. Seperti orang lain, Oprah Winfrey amat tertarik dengan gambar tersebut lalu ingin menemui mereka. Dalam rancangan bual bicara, pasangan itu berkata kepada Oprah, bagaimana sukarnya untuk mengurus bayi kembar enam, tambahan pula kos yang tinggi diperlukan.  Mereka memerlukan 50 diapers dan 30 botol susu sehari sedangkan Rozonno hanyalah seorang pekerja di syarikat perkhidmatan mencuci karpet.  Di akhir rancangan, Oprah telah menghadiahkan keluarga Rozonno $ 250,000 kredit di Walmart serta berbulan madu di Las Vegas.
Pasangan ini telah berusaha mempunyai bayi selama tiga tahun sebelum akhirnya beralih ke rawatan kesuburan.

Just Like Mum! Anak Chetah Belajar Berdikari...Bersedia Menghadapi Cabaran Hidup

Walaupun  bulu badan masih kelihatan seperti  baru lahir,  baru belajar menyeimbangkan  kaki yang tampak terlalu panjang untuk tubuh mereka, namun anak-anak chetah berusaha mahu menjadi lebih cekap, pantas dan kuat seperti ibunya.
Keletah enam ekor anak chetah  sempat dirakam di Kem Kicheche Masai Mara  di Kenya's  mengikuti ibu mereka di sebatang pohon akasia berusaha belajar memanjat untuk melihat kawasan dataran dengan lebih jelas. Cheetah adalah mamalia terpantas di planet ini.  Namun pada peringkat awal bulan pertama kelahiran adalah saat paling kritikal bagi anak-anak chetah yang masih lemah dan sering berada dalam bahaya. Haiwan ini bergantung pada kelajuan untuk kelangsungan hidup.