Tuesday, January 25, 2011

Mi Bandung Muo Spesial Abu Bakar Hanipah Warisan Keluarga Sejak 1930 Sering Menerima Kunjungan VIP

Muar atau Muo begitu sinonim dengan makanan spesialnya iaitu mi bandung muo. sebelum ini orang muo ada menyiarkan artikel tentang mi bandung muo Kedai Abang Sayang.  Seorang lagi pengusaha kedai makan mi bandung muo spesial  ialah En Abu Bakar Hanipah, 60 tahun, yang mewarisi perniagaan daripada datuk dan ayahnya.  Kedai mi bandung muo Abu Bakar Hanipah terletak di Kedai Kopitim Wah San, Jalan Abdullah, bandar Muo.  Mi bandung muo En Abu Bakar Hanipah  memang terkenal bukan saja  menjadi tumpuan orang awam  pelbagai kaum bahkan sering menerima kunjungan daripada pelanggan atau tetamu VIP dan VVIP. 
 
Harga sepinggah RM4.00