Thursday, January 20, 2011

Keadaaan Sukar Ular & Katak Saling Memahami

Banjir besar yang berlaku di Queensland, Australia baru-baru ini, sebuah foto tentang peristiwa pelik sempat dirakamkan oleh Armin Gerlach, seorang juruteknik komputer.  Umum kita mengetahui ular dan katak adalah pemangsa dan mangsa.  Namun foto di atas memberi pengajaran kepada kita apabila masing-masing berada dalam  situasi yang teramat sukar, kadang-kadang kita terpaksa melupakan sementara permusuhan sesama sendiri.  Rasa simpati dan saling membantu lebih diutamakan daripada kepentingan diri.
Seekor katak hijau berpaut pada badan ular coklat berjuang menyelamatkan diri  daripada banjir besar yang melanda tempat tinggal haiwan ini. Ular dengan rela hati memberi peluang sang katak menumpang atas badannya ke tempat yang lebih selamat. Namun pada akhir perjalanan mereka, kita tidak tahu sama ada ular akan bertindak menjadikann katak sebagai habuannya....bangau oh bangau.. katak oh katak ..kenapa engkau panggil hujan...