Wednesday, January 19, 2011

Quran Besar Tulisan Tangan Berusia 500 Tahun Milik Perpustakaan John Rylands University of Manchesters

Sebuah kitab Al-Quran Bertulis tangan berusia 500 tahun , sebanyak  470 halaman berukuran 35 x 24 inci, sama dengan ukuran skrin TV plasma besar.  Kitab ini ditulis oleh beberapa ahli Kitab  dan iluminator untuk Kansuh al-Ghuri, Sultan Mameluke kedua terakhir dari Mesir.
Ahli sejarah berpendapat kitab ini ditulis bermula pada separuh kedua abad ke-14 hingga tahun 1500. Pada mulanya ia disimpan di perpustakaan sultan di Kaherah dan akhirnya diambil alih oleh Earl dari Crawford.

Pilihan Raya Umum Awal Jika BN Raih 5,000 Undi


Singapura: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin memutuskan tarikh pilihan raya umum akan datang berdasarkan kepada keputusan majoriti yang bakal dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan ini. 

Satu laporan laman berita The Malaysian Insider semalam berkata pihaknya difahamkan bahawa Datuk Seri Najib sedang berusaha agar BN meraih sekurang-kurangnya majoriti 5,000 undi daripada kubu Umno Johor itu sebelum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 Malaysia itu tahun ini.

Best Friends

A child kisses her bird outside Mijas's San Anton hermitage, near Malaga southern Spain Jan 17, 2011.[Photo/Agencies]
Foto memaparkan erti persahabatan sebenar antara seorang kanak-kanak dengan haiwan peliharaannya. Ekspresi wajah kanak-kanak  ini begitu mempesonakan, dipenuhi rasa kasih dan sayang .Begitu juga dengan burung peliharaannya seolah-olah mengerti  apa yang tersirat di hati kanak-kanak ini. Syahdu...