Wednesday, January 12, 2011

Facebook Bernilai USD50 Bilion

LAMAN rangkaian sosial Facebook dilaporkan berjaya mengaut pelaburan daripada Goldman Sachs dan seorang pelabur Russia dalam perjanjian yang meningkatkan nilainya mencapai AS$50 bilion.  Menurut satu laporan The New York Times, Goldman melaburkan sebanyak AS$450 juta dalam Facebook, sementara lagi AS$50 juta dilaburkan oleh Digital Sky Technologies. Akhbar tersebut, menerusi sumber-sumber yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa syarat-syarat perjanjian itu meletakkan nilai lebih AS$50 bilion ke atas Facebook.

Berjalan Kaki Hindari Pelbagai Jenis Penyakit Berbahaya

Tubuh sihat boleh diperoleh tanpa memaksa anda membeli peralatan tertentu  yang harganya agak mahal.  Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meluangkan waktu dan mengamalkannya setiap hari tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dan membebankan.  Aktiviti yang dimaksudkan ialah  berjalan kaki selama 30 minit sehari.  Jalan kaki yang dimaksudkan  adalah berjalan kaki secara cepat atau berjalan pantas seperti anda dalam keadaan tergesa-gesa.
Aktiviti berjalan kaki disertai diet dapat mengelakkan  kemungkinan seseorang terkena diabetes, bahkan kepada mereka yang berisiko sekalipun. Hal ini berdasarkan kesimpulan penelitian terbaru oleh  National Institute For Diebetes, Kidney Disease, and digestive United States.