Sunday, January 9, 2011

Kereta Elektrik Tanpa Pemandu Masa Depan Elak Kesesakan Trafik

Kompak, mesra alam  dan boleh bergeak sendiri tanpa pemandu. Kenderaan keluaran General Motors, The EN-V (Electric-Networked Vehicle) dua tempat duduk bergerak menggunakan  kuasa bateri  sekitar 25 batu untuk sekali cas dengan kelajuan maksimum 25 batu sejam, boleh berpusing 360 darjah. Sesuai di bandar, dan tempat tertutup  untuk mengurangkan kesesakan trafik dan tempat 'parking'

10 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Otak

Berikut adalah senarai jenis makanan terbaik untuk kesihatan otak anda.  Kesmua makanan ini bukan saja lazat dana menyelerakan, malah sangat berkhasiat untuk kesihatan otak anda supaya lebih cerdas, memori sentiasa segar dan mampu mudah mengingat. [sumber : horizontalimage.com]
1. Coklat atau koko
Coklat memang digemari ole semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak kerana rasanya yang sangat lazat. Tepung coklat sebenarnya sangat berkhasiat kerana ia mengandungi 'antioxidants' paling bertenaga  yang penting untuk membantu meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak.

Cili, Lada Hitam & Halia Pelangsing Tubuh

Mengamalkan diet  bukanlah satu-satunya cara untuk memiliki tubuh langsing yang menarik mata sesiapa saja yang memandannya.  Memilih bahan perencah tertentu dalam masakan juga boleh mengurangkan lebihan lemak di tubuh. Bahan masakan yang mudah didapati seperti cili atau cili padi, lada hitam dan halia adalah antara bahan yang mampu membantu tubuh kita menjadi langsing. Bagaiman bahan-bahan masakan ini berfungsi melangsingkan tubuh anda?
1. Cili
Kandungan utama yang terdapat dalam keluarga cili  adalah capsaicin.  Banyak penelitian membuktikan, capsaicin dapat membakar kalori dengan cepat.  Capsaicin bertindak memicu menaikkan suhu tubuh yang kemudian diikuti dengan pembakaran kalori.