Thursday, January 6, 2011

Telur Baik Untuk Kesihatan Jantung?

New York: Perdebatan tentng efek telur terhadap  kesihatan jantung terjawab sudah. Pakar kesihatan Don McNamara menegaskan bahwa telur memiliki banyak manfaat untuk kesihatan jantung.  Bahkan, Organisasi Heart Foundation menyarankan kita makan enam butir telur seminggu.
"Banyak orang lanjut usia takut memakan telur kerana mereka bimbang akan kolesterol yang terkandung dalam telur.  Namun banyak penyelidikan  menunjukkan bahwa kolesterol tidak akan mempengaruhi risiko serangan jantung," kata McNamara dalam  Zee News.

100 Ribu Warga Britain Memeluk Islam, Dua Pertiga Wanita Kulit Putih

London- Maklumat  terkini hasil penelitian yang dijalankan oleh pertubuhan "multi-faith group Faith Matters"  melaporkan rakyat negara Britain yang  memeluk Agama Islam Inggeris telah melebihi 100.000.  
Yang menariknya 70 peratus terdiri daripada warga kulit putih dan dua pertiga daripadanya adalah dari kalangan wanita Inggeris.  Pada tahun 2010 saja, seramai 5 200 warga Inggeris telauh menukar agamanya kepada Islam.
Angka ini hampir dua kali ganda dalam tempuh sepuluh tahun dengan majoriti yang menukar agama kepada Islam adalah wanita kulit putih berumur 27 tahun kerana mereka begitu muak dengan budaya kebendaan  serta  cara hidup yang tidak bermoral [budaya negatif].
Berdasarkan perangkaan  dalam penelitian oleh pertubuhan
"multi-faith group Faith Matters" 
mengandaikan  bahawa negara Inggeris sedang menjalani proses 'Islamification'.  Walaupun sudah memeluk Islam mereka mendakwa merasa  serasi dan selesa tinggal di Britain walaupun adakalanya mereka menghadapi masalah kecil. [sumber: dailymail.com.uk]