Tuesday, January 4, 2011

Jualan Hangat : Dapatkan Barangan Jenama Desigual Percuma Dengan Syarat Tanggalkan Pakaian Anda Hanya Underwear Saja ...Oh Tidak..

 ribuan pelanggan berkumpul di luar kedai mencuba nasib
Spain- Macam-macam .. percuma...Sebuah syarikat pengeluar pakaian berjenama terkenal Desigual di Spain menawarkan jualan istimewa kepada sesiapa saja  secara percuma tetapi dengan syarat mereka mesti menanggalkan semua pakaian mereka kecuali dengan berseluar dalam untuk layak masuk mendapatkan apa saja barangan secara percuma di kedai tersebut.  Dengan keadaan cuaca yang terlalu sejuk ribuan pelanggan mencuba nasib dengan membuka pakaian  mereka menunggu di luar kedai Desigual  untuk menjadi 100 pelanggan bertuah, malah ada yang sanggup berada  di situ sejak 3 petang sehari sebelumnya.  Namun  mereka yang tidak berjaya tetap ceria kerana kedai berkenaan menawarkan potongan separuh harga bagi semua jenis pakaian jenama Desigual. Bagaimana dengan kita..sanggup ke anda menggadai maruah semata-mata nak dapatkan barangan pakaian  percuma..[biarlah aku pakai kain pelikat lusuh asalkan tidak melanggar syariat]