Saturday, January 1, 2011

Makan Telur Cacing Gelang Untuk Kurus Supaya Mendapat Peluang Kerjaya

China- Pelajar- pelajar wanita di negara China sanggup makan telur cacing gelang untuk memastikan mereka nampak kurus dan menarik semasa menghadapai sesi temuduga.
Telur-telur cacing gelang ini akan menetas di dalam perut lalu bertindak sebagai agen  menurunkan berat badan tanpa bersusah payah melakukan diet atau senaman
Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya di kawasan luar bandar begitu hebat di negara China terutamanya golongan wanita lepasan institusi pengajian tinggi kerana jumlah calon yang amat ramai sementara peluang kerjaya yang terhad sekitar 22% berbanding jumlah pemohon lebih 112 juta orang pada setiap tahun. Mereka yakin dengan penampilan bentuk tubuh yang yang menarik akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan. [sumber: dailymail.co.uk]
Bagaimana pula di Malaysia? Cantik, menawan, gemuk, gempal?  Sebagai warganegara kita berharap tiada diskriminasi  untuk melayakkan seseorang mendapat pekerjaan dengan memilih paras rupa daripada sijil dan kemahiran. Walaubagaimanapun penampilan diri juga memainkan peranan sekiranya anda ingin berjaya dalam temuduga.
Selamat Tahun Baru. Semoga 2011 lebih menyinar untuk Malaysia.