Monday, December 26, 2011

Wanita Hamil Tidak Perlu Makan Untuk 2 Orang ... risiko penggumpalan darah

Wanita hamil sangat memerlukan banyak nutrisi untuk memastikan kesihatan dirinya dan janin yang dikandung. Akibatnya banyak antara ibu-ibu mengandung merasa perlu makan dua kali lebih banyak. Masyarakat menganggap ini peningkatan nafsu makan yang wajar.
Namun, kebiasaan ini membuat mereka cenderung mengalami kenaikan berat badan yang cukup parah. Keadaan ini boleh membahayakan mereka.

Pakar kesihatan memperingatkan wanita hamil tidak perlu makan untuk dua orang. Penelitian di Britain mendapati wanita hamil tidak perlu makan lebih banyak sebab kalori ekstra untuk memasuki trimester ketiga sudah mencukupi.


Kebanyakan wanita yang kelebihan berat badan semasa kehamilan memiliki peningkatan risiko komplikasi dua kali ganda daripada perempuan normal. Wanita hamil yang kelebihan berat badan atau obesiti berkemungkinan menghadapi masalah penggumpalan darah di kaki dan paru-paru sehingga berpotensi membahayakan nyawa semasa melahirkan dan berisiko keguguran atau melahirkan anak prematur.

Meskipun begitu, wanita dilarang berdiet semasa tempoh kehamilan. Philippa Marsden, Ketua Komite Pasien Gynaecologist Inggris, mengatakan menurunkan berat badan dengan diet selama kehamilan membahayakan kesihatan janin.

"Ubah pola diet Anda dengan makanan sehat yang dapat membuat Anda menglami kenaikan berat badan dan bahkan mungkin turun," ungkapnya. Ia menambahkan, paramedis dapat membantu wanita kelebihan berat badan jika mereka berencana untuk hamil lagi di masa mendatang atau setelah mereka melahirkan. (Medicmagic/liputan6.com)

4 comments:

Pen Biru said...

ya betol.sbb tu lah ramai yg lepas bsalin badan naik mendadak

remyhazza said...

jgn diikut selera tu.....
cukup sekadar kenyang dah ler....

Cik Nurul said...

oh, begitu... gud info!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam..ramai org tak fhm benda ni..sbb tu ramai jd ibu gergasi bl mengandung.pastu salahkan sbb mengandung diri jd gemuk.diri sendiri yg bernafsu mkn mereka lupa kot?