Thursday, December 15, 2011

Undang-Undang Islam Aceh: Peminat Rock Berambut Punks Dicukur Kepala dan Direndam Di dalam Kolam

Pihak berkuasa kerajaan Aceh terpaksa bertindak keras ke atas berpuluh-puluh orang pemuda peminat rock berambut punks dengan mencukur kepala mereka, merampas tindikan di badannya dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak dalam usaha membanteras gejala sosial buruk yang boleh mengancam nilai- nilai Islam yang sedang diterapkan di negeri itu.

Seramai 60 orang pemuda dan 6 orang gadis dilucutkan rantai leher dan rantai kolar anjing lalu direndam di dalam kolam untuk pembersihan 'rohani'. Mereka kemudiannya dihantar ke pusat tahanan polis 30 batu dari ibu kota wilayah Banda Aceh untuk menerima bimbingan mental dan rohani selama sepuluh hari. Hanya selepas itu mereka barulah dibenarkan pulang ke rumah.
Ia adalah usaha terbaru oleh pihak berkuasa untuk menggalakkan nilai-nilai moral yang tegas di Wilayah Aceh, yang mendapat kuasa pemerintahan separuh autonomi di mana undang-undang Syariah Islam telah dikuatkuasakan pelaksanaannya sejak 2005 selepas berlakunya tragedi dahsyat tsunami.
Ketua program pemulihan, Encik Hasan berkata: 'Kami tidak menyeksa sesiapa. Kami tidak melanggar hak asasi manusia. Kami hanya cuba untuk meletakkan mereka kembali di atas landasan moral yang betul. ' [ dailymail.co.u]

15 comments:

Pen Biru said...

baru tau..huhuh

Anonymous said...

Ini US tak mau ambil tahu ke? Hak kemanusiaan ni.

Hak samarata.

Tempat tak da faedah dia pun tak peduli.

SeseDaP RaSa said...

bgus la kalu mcm 2..:-)

khairul said...

patut kena implement kt malaysia dah ni

Muhammad said...

Bismillah: Assalamu 'Alaikum. Salam Berkunjung untuk mencari teman memperjuangkan kehebatan al-Qur'an.

Untuk itu diperkenalkan blog

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

Semoga bermanfaat. Dan Terima kasih kerana menerbitkan catitan saya. Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita dan memaafkan segala kesalahan kita. Aaamiiin.

Anonymous said...

implement kepala korokmu khairul..nanti ko pulak yang sibuk ikut pkr,dap dan pas pergi berdemo kt jalan3 cakap polis malaysia kejam...lepas tu suhakam dan majlis peguam pun ikut sekali memperjuangkan hak2 asasi manusia si punk ni..semua bnda nak implement tapi nnt ko jugak yg membangkang..bodoh pnya pncacai anwar..ptuiihhh!

Seri Bahasa said...

dah banyak komen2 panas pasal mohicans acheh ni kat internet...

sabree hussin said...

sangat2 menyokong kiranya Malaysia ambik pendekatan yang sama .. mana2 yang malas dan tak nak solat tu.. rendam je dalam kolam

thomas said...

bagus tu kalau boleh dibuat disini,
mana tahu dapat ubah budak2 kita.

Ahmad Syuxer said...

memang patut diamalkan di malaysia neh..baru tau erti penyesalan hehe

3no gr33ny said...

memang terbaiklah ni!

3no gr33ny said...

memang terbaiklah ni!

Kotak Mancis said...

terbaek lah.. malaysia pon patut wat cam tu gak laaaa

SidVicious said...

Tak boleh... kat Malaysia ni, sedangkan guru sebat pelajar pun makbapak kecoh 7 keturunan nak saman sekolah, ajak cikgu bertumbuk, salahkan UMNO dan sebagainya.. Apa lagi la kalau buat camni.. confirm jadi isu politik talibarut pembangkang (Hishamuddin Rais la sape lagi).

Jijahh @ f.k said...

mmm dulu kat M'sia kes black metal ..