Thursday, December 22, 2011

Persiapan Rapi Sambut Krismas Dengan Bekalan Darah

Jika kedai-kedai dan pasar raya di seluruh negara telah menyimpan stok barangan untuk sambutan Krismas sejak beberapa minggu yang lalu bagi memastikan mereka tidak kehabisan apa-apa bekalan, lain pula halnya dengan bank darah.
Sebuah pusat bank darah terbesar di dunia, The NHS Blood and Transplant centre di Filton, Bristol sudah bersiap sedia menyediakan bekalan darah untuk keperluan kecemasan supaya selari dengan permintaan yang akan meningkat mendadak sepanjang tempoh perayaan kerana pelbagai kemungkinan insiden yang mungkin akan berlaku antara hidup dan mati untuk beribu-ribu orang akibat kemalangan kerana alkohol


The NHS Blood and Transplant centre dipenuhi dengan lebih daripada 1,000 gelen bersiap sedia untuk memenuhi permintaaan yang naik mendadak pada musim perayaan krismas ini.

Ia mengendalikan 11500 penderma darah, purata sekitar satu pain pada setiap minggu atau (850000 penderma setahun), menjadikan ia pusat pemprosesan bekalan darah terbesar di dunia. [dailymail.co.uk]

3 comments:

khairul said...

berhati2 semasa musim peryaan ni

duan said...

ksian jgk..biasanya musim perayaan org get rdy brg2 nk dijual sbb rmi nk beli..ni kne stand by darah la plak..huhuhu

thomas said...

wah!time krismas hujung tahun memang banyak kejadian2 luar dugaan.