Subscribe Us

Mau Awet Muda? Ini Petuanya...

Korea: Madu lebah bukan saja berkhasiat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, malah racun atau bisa sengatan lebah ini amat berguna bagi mengatasi masalah kedutan pada kulit wajah. Fakta ini sedang diteliti oleh para ilmuwan yang meyakini bahawa kandungan racun lebah atau bisa lebah dapat meningkatkan kolagen.
Maklumat yang dipetik dari yahoo.com, seorang pakar ilmuwan dari Korea yang bekerja di sebuah perusahaan kosmetik New Zealand, Dr Sang Mi Han telah mengkaji kolagen yang terdapat dalam racun lebah dipercayai dapat menjadikan kulit lebih tegang dan anjal, tampak lebih awet muda serta dapat mengurangkan kesan bahaya sinaran matahari.

Berdasarkan ujian yang dilakukan, dengan memasukkan racun lebah ke dalam tubuh, keadaan tubuh akan tersa tegang lalu membuatkan darah mengalir ke daerah yang terkena racun dan merangsang pembentukan kolagen yang boleh membuat elastin [protein berwarna kuning yg menjadi unsur utama tisu penghubung dlm haiwan, spt tisu paru-paru] semulajadi. Elastin amat berguna untuk menjaga kulit tetap tegang dan anjal.

"Saya telah melakukan penelitian dan ujian klinikal ini, dan ternyata racun lebah yang bersih dapat membantu pembentukan kolagen untuk mencegah kerosakan kulit," ungkap Dr. Han. Penemuan fenomena ini dijangkakan dapat menggantikan terapi botox yang mempunyai kesan risiko berbahaya yang kerap dilakukan sebahagian masyarakat. Namun Dr Han menegaskan lebah yang diambil racunnya tidak akan membahayakan pengguna kerana proses pengambilan racun menggunakan perangkat khusus.
(yahoonews.com)

Hmmm lepas ni  kalau nampak lebah jangan lari.. biar dia sengat kita, biarkan, biarkan, biarkan ... :)

Post a Comment

5 Comments

Cik tikah said…
terlebih makan madu, badan blh jadi panas kan. hehe..
♥ ieRa ♥ said…
ade jugak yang tak suai makan madu ni...tapi ni fakta menarik..insyaallah boleh cuba
Saya nak kongsikan di sini, madu lebah boleh dijadikan masker jika rajin diamalkan. Muka tegang dan awet muda.
man2man said…
Madu adalah kesukaan saya. Minumlah madu selalu nanti muka akan jadi merah .Lebih elok madu ori.