Subscribe Us

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Dalam Perawatan Rambut

Rambut merupakan mahkota wanita dan penunjang setiap penampilan. Bukan hanya perawatan yang perlu dilakukan agar rambut tetap indah. Kesalahan perawatan juga harus dihindari, agar tidak menyebabkan rambut kering.

Berikut ini kesalahan-kesalahan dalam perawatan rambut yang harus dihindari:

1. Elakkan mencuci rambut setiap hari. Rambut akan menjadi kusam kerana terlalu banyak bahan pengawet dari shampo. Hal itu juga memproses pengupasan minyak semulajadi yang melindungi rambut dari kerosakan.

2. Jangan menyisir rambut dari akar. Menyisir rambut dari akar akan merosak dan mematahkan rambut di tengah atau hujung rambut. Apalagi jika rambut anda tipis dan dalam keadaan basah. Selain itu, pastikan anda memilih sikat yang lembut, sehingga dapat menangani jenis rambut anda.

3. Jangan sering berganti produk perawatan rambut. Pilih satu shampo dan kondisioner yang telah lama atau biasa anda gunakan.

4. Jangan menggosok rambut dengan tuala. Menggosok rambut dengan tuala kan melemahkan rambut sehingga lebih rentan terhadap kerosakan. Cara yang tepat untuk mengeringkan rambut adalah membalutkan tuala ke kepala secara perlahan-lahan.

5. Jangan terlalu banyak menggunakan hair dryer. Jika harus menggunakannya, pastikan rambut dioles atau disapu dengan produk khusus yang mengandung minyak, untuk melindungi rambut daripada suhu tinggi. Juga pastikan suhu sesuai dengan jenis rambut anda. Tanyakan kepada pakar rambut tentang suhu yang sesuai untuk jenis rambut anda.(ourvanity/liputan6.com)

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
bro rambut makin gugur la..ada tips x mo kasi botak tak
naiemah_ramli berkata…
masalah kulit kpala y truk ha..sedih2.. :( ada petua? heee..
Koding berkata…
Bersihkan rambut senentiasa agar x berkutu..
EmpayarUtama berkata…
Rawat rambut sampai lupa nak potong...