Monday, December 12, 2011

Isu Hangat di Eropah: Ulama Larang Wanita Menyentuh Atau Memegang Pisang dan Timun Kerana Mirip....


Seorang ulama muslim di Eropah mengatakan wanita seharusnya tidak mendekati ataupun memegang pisang atau timun. Alasannya, agar kaum hawa tidak berfikiran kotor sehingga menyebabkan mereka terangsang terutama yang belum berumahtangga.

Seperti dikutip dari
el-Sawsana, sheikh yang tidak disebutkan namanya itu mengatakan jika wanita ingin memakan pisang atau timun harus ada pihak ketiga yang memotong-motong dan menyajikan buah tersebut dalam bentuk yang sudah terpotong-potong. Pihak ketiga yang menyajikan dan memotong buah itu dianjurkan seorang lelaki dalam keluarganya seperti ayah atau suami atau saudara lelaki.

Menurut ulama tersebut, buah-buahan dan sayuran tersebut menyerupai penis [alat kelamin lelaki] dan boleh merangsang wanita untuk memikirkan soal seks. Berita tersebut dilaporkan dalam laman web berita di Mesir,
Bikya Masr.

 
Ulama itu juga memasukkan lobak merah dalam daftar makanan yang dianjurkan tidak harus didekati kaum hawa.

Dalam laman web
Bikya Masr,
ulama yang tidak dinyatakan identitinya ditanya bagaimana hendak mencegah wanita mendekati pisang dan timun ketika mereka berbelanja di pasar dan apakah memegang buah-buahan dan sayur-sayuran seperti itu di pasar dilarang untuk kaum perempuan. Ulama itu menjawab, hal tersebut adalah masalah antara wanita dengan Allah SWT.

Ketika ditanya bagaimana jika wanita tersebut menyukai jenis makanan tersebut, sheikh menganjurkan supaya kaum lelaki yang bterdekat seperti ayah, suami atau saudara lelaki mengambil makanan itu dan memotong-motongnya untuk kaum hawa di tempat tersembunyi.

Pendapat ulama itu langsung dihujani bantahan dan protes dari sejumlah warga muslim lain. Salah seorang pembaca mengatakan ulama tersebut mencoreng Islam. Bahkan ada pembaca yang menilai ulama tersebut seharusnya meninggalkan posisinya sebagai ulama atau meletakkan jawatan.

Pembaca lain menyebut sheikh itu hanya mau mencari populariti saja. Hingga kini belum ada respons dari ulama lain berhubung dengan komentar tersebut.
[dailymail/tempo.co]

Hmmm... ulama ni belum tamat mengaji agaknya.  Memberi pandangan sekadar mengikut akal fikiran sendiri bersandarkan keadaan semasa saja. Islam tidaklah sesempit itu ajarannya.

13 comments:

whitecappuccino said...

lucu betul! macam2 la pulak..sebelum ni takde apa2 pun.

JHaZKiTaRo said...

hahah.. mcm2 laa dunia skarang.. anyway,salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)

Jalanan Hamba said...

Hukum Allah bukan ulamak yg buat. Ikut suka ati je ulamak ni nak buat hukum...

akuanakpahang said...

Salam, mmg fikiran selalu kelain moralnya jgn memikir kelain :)

azza hana said...

pemikiran dan budaya..sungguh diversity...

Anonymous said...

kalau betul timun ngan pisang menaikkan syahwat wanita Rasulullah dah haramkan 1400 tahun dulu..bergantung pada iman seseorang..kalau iman lemah tengok benda ape pun boleh jadi perangsang nafsu..kadang2 sesetengah ulama ni mengada ngada, saja tokok tambah sunnah Rasulullah yang sememangnya mudah untuk diamalkan..

Nazreen Hashim said...

ehh. kenape ni? kenape ni? tak paham lahh. hehehehehe.

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Sampai mcm tu plak ye pemikiran diorg.. :)

ummiarissa said...

semoga iman kita semakin teguh dan kuat...tak perlu rasanya membanding-banding sebegitu..makanan tetap makanan...

admin said...

Terimakasih di atas ke sudian anda berkunjung ke laman kami. Jika tidak keberatan. Sila berkunjung ke:



1) http://www.mybrhom.com/


Sila like page kami sebagai tanda sokongan anda;

2) https://www.facebook.com/pages/BR-HOM-PLUS/227931176739



Kerjasama anda. Amat kami hargai.

ibnuismaini said...

Haih, boleh pulak terfikir ke lain tgk pisang n timun? -__-

khairul said...

hmmmmmmm

shameel Iskandar said...

pandangan ulama tersebut wajib ditolak sebab ia cuba mengharamkan apa yang Allah halalkan. Pandnagan sebeginilah yg menyebabkan islam kelihatan hodoh dan bodoh