Tuesday, November 1, 2011

Prosedur Melakukan Pemeriksaan Bulanan Kesihatan Payudara Sendiri

[Info kesihatan]- Melakukan pemeriksaan payudara setiap bulan boleh membantu mencegah kanser payudara sebagai proses mengesan penyakit pada peringkat awal. Dr Vatsala, Ketua Pakar Bedah, berkongsi beberapa garis panduan yang penting untuk wanita mengamalkan dan memeriksa sendiri payudara mereka mengenal pasti jika terdapat apa-apa perubahan seperti ketumbuhan atau 'thickenings'. Jadi, lakukanlah pemeriksaan sendiri demi menjalani kehidupan yang sihat dengan melakukan prosedur-prosedur seperti berikut:

Menghadap cermin:
Berdiri di hadapan cermin dan bandingkan kedua-dua payudara anda tentang perbezaan saiz, bentuk dan kontur  payudara, penyongsangan puting, membonjol, atau dimpling. Perhatikan mana-mana perubahan pada kulit atau puting, seperti jisim keras atau keadaan puting tersorot ke dalam.

Dengan melihat payudara anda mengikut cara-cara seperti berikut dapat membantu untuk mengesan sama ada terdapat kedutan atau lekukan halus pada kulit atau puting tersorot ke dalam dengan melakukan pergerakan seperti berikut;

Dengan tangan anda di sisi
Dengan tangan atas kepala anda
Dengan tangan anda di pinggang, tekan tangan di pinggang
Bengkok ke hadapan


Berbaring:
Letakkan bantal di bawah bahu kiri anda
Pastikan tangan kiri di bawah kepala dan berehat, gunakan tangan kanan anda untuk meraba payudara sebelah kiri
Lakukan usapan bentuk bulatan kecil daripada puting ke luar
Perlahan-lahan ramas puting jika ada apa-apa rembesan.

Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah
Ulangi cara yang sama untuk yang sebelah lagi. [Zeenews.com]

No comments: