Saturday, November 12, 2011

Pelukis Kanak-Kanak Genius 9 Tahun Membeli Rumah Baru Untuk Keluarganya

Jika rakan-rakan yang seusia dengannya menconteng gambar pada dinding rumah ibu bapa mereka, bakat seni luar biasa Kieron Williamson, 9 tahun sebaliknya sudah mampu membeli rumah untuk keluarganya. Kanak-kanak ini telah membeli sebuah rumah di Ludham, Norfolk, yang sebelum ini tinggal menyewa di rumah flet.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun ini berjaya menjual 33 buah lukisannya berjumlah £150,000 dan hari ini lebih sedozen lukisannya habis dijual dengan harga £106,260 dalam satu pameran di Picturecraft Galeri di Holt.

 Frosty Reeds, Thornage: This image of Kieron's inspired by his native Norfolk is expected to reach £12,500


Kieron Williamson menghasilkan koleksi lukisannya daripada cat air, minyak dan pastel. Banyak lukisan Kieron menunjukkan landskap Norfolk tempat dia membesar.
Antara lukisan yang paling mahal terjual dalam pameran baru-baru ini ialah sebuah lukisan Masjid Süleymaniye, Istanbul, Turki dengan harga £15595 [RM80 000] hanya menggunakan gambar masjid itu yang diperoleh dari internet.

 Cool shade: This impressionistic painting of woodland could reach £6,495

 Boy genius: Kieron with his mother Michelle, father Keith and sister Billie-Jo outside the Old Post office, which the sale of his artworks helped buy

Pada bulan Ogos tahun lepas, 33 buah lukisannya telah terjual dalam tempoh kurang daripada 30 minit dalam satu pameran dengan jumlah harga £150,000
Menurut ibunya anaknya masih mempunyai 1,000 lagi lakaran dan lukisan di rumah, termasuk sekurang-kurangnya 50 buah lukisan canvas yang telah siap.

Lelaki termuda terakhir yang melakukan pameran lukisan sebelum ini ialah Picasso, yang dipamerkan di galeri profesional pada usia sembilan tahun. [dailymail.co.uk]

4 comments:

MamaYatie said...

anugerah Tuhan utk keluarganya... :)

aku budak klang said...

Anak pembawa rezeki....

ninazahar said...

kecik2 dah pandai cr rezeki dgn bakat yg ada

ahlee said...

ramai mak-mak cari rezeki dikotebaru N.AJIS dah tok mampo nok handle malunya ambo.....Aktiviti Pelacuran Di Kelantan Terus Rancak
by Sheih on October 29, 2011



Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz



Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2.

Pahat dengan pemukul? Atau makan gaji buta? Penguatkuasa di MPKB-BRI tidak perlu beri jawapan tetapi perlu terus bertindak.

KOTA BHARU 14 Feb. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.....