Thursday, November 10, 2011

Pelajar Nakal & Lemah Menduduki Peperiksaan di Luar Bilik Darjah

Dua barisan pelajar, yang dianggap nakal atau tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik, menduduki peperiksaan di luar kelas di sebuah sekolah menengah di daerah Jinxian, wilayah Jiangxi Timur China, Nov 8, 2011. Sesetengah pelajar memakai tudung kepala mereka kerana suhu yang rendah sehingga 12 darjah celcius di luar bilik darjah menyebabkan ramai pelajar menggigil dalam kesejukan.
Kalaulah perkara seperti ini berlaku di negara kita, kita percaya semua pihak akan menunjukkan rasa kemarahan mereka kepada pihak sekolah juga Kementerian Pelajaran. Guru, pengetua, PPD habis kena maki hamun oleh ibu bapa terutamanya, termasuk pegawai atasan, ahli politik dan orang ramai kerana pihak sekolah telah melakukan diskriminasi pelajar.
Kita juga percaya pihak sekolah yang dipertanggunjawab mentadbir dan mengurus sistem pembelajaran dan pendidikan di negara kita sama sekali tidak akan membenarkan perkara seperti ini berlaku di Malaysia. Sayang Malaysia!
Keadaan meja dan kerusi pelajar -pelajar yang daif  ini memang amat tidak sesuai dengan saiz fizikal mereka.  [Photo CFP/chinadaily]

12 comments:

sEnGKuaNG said...

tamau lah kena jawab exam luar bilik darjah. huhuhu. tengok kerusi deowang tuh. cam seram je nak duduk. huhu.

Nuriy Arisa said...

mmm...kesiannye...patt dorg pown diberi peluang utk jwb exam didalm..
coz kat lua tue sejuk...

Cik Sue said...

rakyat malaysia beruntung..tapi.. punnnn masih malas lagi...ntah apa budak2 sekarang ni pikir..suh sekolah,monteng..

Odah + One = OdahOne said...

malulah kalo student yg kt luar tu boleh score lebih elok drpd yg ada kt dlm tu...ok gak barulh diaorg rasa tcabar nak challenge org yg duduk selesa kt dlm...lg tcabar kalo time tgh jawab soalan kerusi patah & jatuh tduduk...hoho

Mohamadazhan.com said...

ada juga camtu..mungkin lepas ni persaingan utk dapat tempat selesa utk exam.

adibdaddy said...

hehehe.. tak pernah lagi terjadi kecuali kena denda... :)

aku budak klang said...

kesian jugak ye....

BeaN MorENo said...

tak patut dibezakan sampai tahap macam tu

Azie Azman said...

kesiannye diorang..
dah la sejuk..
huhu..kalau kat Msia macam ni mesti semua study betul2 sampai pengsan ;)

kak zmah said...

Kalau di Malaysia macam ni...berderet menteri turun sekolah tu...

faizulosman said...

mmg kesian... penindasan mmg berlaku di negara luar tp di malaysia kita di bahagi sama rata...

sayang malaysia...

hope dpt kunjung ke blog yg baru menapak http://mohdfaizulosman.blogspot.com

thanks...

S..U..D..@..I..S said...

satu hukuman