Friday, November 4, 2011

OKU Sanggup Merangkak Demi Rasa Kasih Terhadap Kerbaunya Yang Sedang Bunting

Long Shilu, 48, orang kurang upaya [OKU] tinggal di kampung Lianmeng, Bishan, Chongqing, Kakinya yang panjang lumpuh dalam insiden perubatan ketika berusia 8 bulan, mengakibatkan otot kaki telah menguncup begitu serius. Long bergantung kepada tangannya menyokong badan ketika merangkak untuk mendapatkan keperluan diri. Oleh sebab tidak boleh melakukan kerja manual, maka Long menggunakan kerbau untuk mengambil upah melakukan kerja-kerja di ladang orang lain.

Kini kerbau yang amat disayanginya sedang hamil. Kerbau betinanya ibarat sahabat paling rapat dan teman sejatinya. Long tidak sanggup untuk menunggang kerbaunya, malah setiap hari beliau menyediakan makanan istimewa seperti memasak bubur jagung dan labu untuk kerbaunya.
Yang lebih mengagumkan ialah Long membiarkan kerbau bunting tinggal di dalam rumah kecil dua bilik, supaya terhindar daripada nyamuk dan cuaca yang sejuk. [globaltimes.cn]

12 comments:

Yastro said...

Tabik spring kat mamat nihh...

ABU said...

mmg tabah la orng ni...
kasihan tengok..

marina anakcikbob said...

dia mungkin xde family. apa yg dia ada, itu la family dia.
ohana means family. :D

thomas said...

Memang rakan karib,saling membantu.

zanafahmi said...

kdg kala lebih baik bertemankan binatang drp manusia yg tak berhati perut...

Cik Sue said...

hukkk syahdunyer...

Pia said...

"setuju ngan komen zanafahmi...adakala binatang ni lg memahami dari manusia...yg tau nak sakiti hati kita jer.."

Raidenovich said...

dia lebih senang kawan dengan kerbau yang tak menyakitkan hati.

ROJAK said...

nampak kasihan tapi mungkin dia bahagia hidup macam tu

gurucyber said...

erm... sedih tengok post ni.. orang kita yang segar bugar belum tentu buat gitu..

YOUsoF said...

Long Shilu yang betul² tabah. Kita patut bersyukur dikurniakan anggoota yang sempurna kan...





Manusia sayang binatang, tapi ramai juga manusia yang berhati binatang sekarang ni kan bro..

Seri Bahasa said...

sekarang dunia dah berubah...begitu juga agaknya apa yang terjadi kepada sesetengah manusia yang kadang sikapnya lebih buruk dari haiwan.