Subscribe Us

Antibiotik Hanya Berkesan Pada Bakteria Bukan Virus...batuk dan flu disebabkan Virus

ANTIBIOTIK adalah penemuan yang penting dalam dunia kesihatan. Namun ubat ini tidak dapat mengubati semua penyakit. Penggunaan yang tidak rasional akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kebiasaan memberikan antibiotik dengan dos yang tidak tepat serta jadual masa makan ubat yang terlalu lewat atau cepat akan mengurangkan kesan antibiotik sebagai pembunuh kuman.

Penggunaan antibiotik yang tidak rasional paling sering dilakukan oleh pesakit ialah mereka yang menghidap batuk dan selesema akibat virus. Hampir seperempat masyarakat meyakini bahawa penyakit flu dan batuk akan lebih cepat sembuh jika diberi makan antibiotik.  Harus difahami bahawa antibiotik hanya untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria, sedangkan influenza disebabkan oleh virus.

Hasil tinjauan dan penyelidikan yang dilakukan oleh Health Protection Agency (HPA) mendapati kebanyakan orang tidak menghabiskan jumlah dos antibiotik dan akan menghabiskan bakinya jika suatu hari sakit kembali.
Menurut HPA 30 persen responden membeli antiobiotik setiap tahun. "Ini membuktikan bahwa makin sering kita menggunakan ubat mengandungi antibiotik, makin besar kemungkinannya mengalami resistensi. Efek sampingan lainnya adalah menderita cirit-birit kerana antibiotik," kata Dr.Clioda McNulty, dari HPA.

HPA juga menyarankan agar para pegawai kesihatan menghadkan  keinginan pesakit terhadap antibotik kerana 97 persen responden mengatakan setiap kali mereka meminta antibotik sama ada di klinik atau hospital mereka langsung diberikan bekalan ubat tersebut.

Apa yang pasti penyakit flu dan batuk tidak boleh disembuhkan dengan antibotik, malangnya mitos yang salah ini masih dipercayai," kata McNulty. [pelbagai sumber/HPA]

Catat Ulasan

6 Ulasan

Kazman / Sue berkata…
ya betul... kami demam selsema ada pil yg khusus doktor bagi untuk selsema.... alhamdulillah dah berkurang sekarang....
FaizalRSD berkata…
Antibiotik yang aku makan untuk sakit pharyngitis ni baunya macam racun serangga pun ada.
Seri Bahasa berkata…
kalau sakit2 lebih baik jumpa dokter tak tersalah ubat...tempat seri, lahad datu macam2 ubat jual kat tepi kedai.
BlogS of Hariyanto berkata…
antibiotik adalah salah satu obat medis yang terbuat dari campuran bahan kimia yang bersifat toxin yang sudah dilemahkan, namun apabila tidak digunakan secara tepat sesuai dosis yang dianjurkan, bisa berubah menjadi racun mematikan dalam tubuh
Dkna Abza berkata…
nasihat doktor mesti kene habiskan antibiotik nie..
Koding berkata…
Ada dengar gak tentang hal ini...
Tapi pelik jugak sebab memang wujud antibiotik utk selsema..