Wednesday, November 30, 2011

Demi Sesuap Nasi ...

Demi sesuap nasi... seorang wanita bersama anak kecil di atas basikal diikat pada pinggangnya melakukan tugasannya menyapu sampah-sarap di hadapan deretan bangunan kedai di tepi jalan raya di Wenzhou, wilayah Zhejiang, Timur China. Wanita ini menggunakan tali untuk memastikan anaknya tidak pergi jauh daripadanya.  Ibu ini berasa lebih lega jika anaknya sentiasa berada di sisinya daripada terbiar tanpa pengawasan yang sempurna jika ditinggalkan di rumah sendirian. 
Pekerjaan yang halal walaupun hanya dengan hasil pendapatan yang tidak seberapa adalah lebih mulia daripada mereka yang sihat tetapi menadah tangan meminta sedekah di jalanan.

Minum Ketika Makan Menghalang Kerja Sistem Penghadaman... tidak baik untuk kesihatan

Mumbai: Kebanyakan orang semasa makan biasaanya diselangi dengan minum kononnya untuk membantu makanan mudah tertelan ke dalam tenggorok atau kerana haus. Sesungguhnya perlakuan ini tidak baik bagi tubuh kerana minum semasa makan menyebabkan gangguan proses pencernaan perut. 
Berdasarkan sebuah kajian, amalam makan sambil minum itu juga menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak lemak di dalam tubuh.
Mr Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India, mengatakan, "kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka."

Sunday, November 27, 2011

Antibiotik Hanya Berkesan Pada Bakteria Bukan Virus...batuk dan flu disebabkan Virus

ANTIBIOTIK adalah penemuan yang penting dalam dunia kesihatan. Namun ubat ini tidak dapat mengubati semua penyakit. Penggunaan yang tidak rasional akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kebiasaan memberikan antibiotik dengan dos yang tidak tepat serta jadual masa makan ubat yang terlalu lewat atau cepat akan mengurangkan kesan antibiotik sebagai pembunuh kuman.

Penggunaan antibiotik yang tidak rasional paling sering dilakukan oleh pesakit ialah mereka yang menghidap batuk dan selesema akibat virus. Hampir seperempat masyarakat meyakini bahawa penyakit flu dan batuk akan lebih cepat sembuh jika diberi makan antibiotik.  Harus difahami bahawa antibiotik hanya untuk menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria, sedangkan influenza disebabkan oleh virus.

Thursday, November 24, 2011

Makanan Khusus Untuk Lelaki Menjadi Kuat & Bertenaga... isteri harus tau ni

Inilah beberapa jenis makanan yang seharusnya terdapat dalam senarai menu harian bagi kaum lelaki. Jenis makanan yang tersenarai ini sudah dalam kajian para pakar pemakanan dan dipercayai dan terbukti memiliki khasiat yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki kerana makanan ini mampu meningkatkan potensi tenaga  kelelakian : 

Pisang
Pisang adalah makanan terbaik untuk seks. Pisang mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin B, mengubah karbohidrat menjadi energi, yang mampu membantu bertahan lebih lama di ranjang. Buah ini juga membantu tubuh  untuk memproduksi hormon seks seperti testosteron. Sebelum aksi, lebih baik makan beberapa biji pisang.

Monday, November 21, 2011

Bentuk & Rahsia Bibir Seksi Wanita

Paisley: Kriteria seksi memang beragam bagi setiap individu. Namun, wanita berbibir seksi adalah mereka yang memiliki bibir atas berlekuk menonjol seperti bentuk 'busur cupid'. Wanita yang memiliki bibir dengan bentuk ini, ternyata bukan saja hanya sedap dipandang, malah mereka merupakan pasangan yang hebat dalam hubungan intim.

Satu kajian yang dilakukan oleh sepasukan peyelidik dari University of the West of Scotland, Paisley, Scotland, baru-baru ini menemukan wanita berbibir seksi, dengan kriteria seperti di atas, lebih mudah untuk mencapai orgasme jika dibandingkan dengan mereka yang berbibir rata. Para peneliti mendapatkan fakta unik ini setelah melakukan tinjauan dan mengukur ketajaman lekukan dari bibir wanita.
Para penyelidik juga mendapati, semakin menonjol bentuk bibir atas, maka akan semakin kelihatan seksi dan semakin besar kemampuan wanita tersebut untuk mencapai orgasme.
[liputan6.com/Cafemom]

Thursday, November 17, 2011

Doktor Cantum Hujung Jari Yang Hampir Putus Pada Perut Untuk Proses Tumbuh Kulit Baru

Sepasukan doktor di China diketuai oleh Dr Huang Xuesong berjaya menyelamatkan sebahagian jari seorang lelaki yang hampir terputus dengan mencantumkannya pada perut.
Seorang pekerja perabot Wang Yongjun, 20 terpotong hujung jari tengah kerana terkena gergaji elektrik dalam satu kemalangan di tempat kerja.  Otot dan kulit pada sebahagian jari telah dipotong dan hanya tinggal tulang sahaja.
Doktor melakukan pembedahan dan mencantumkan jari Wang pada perutnya dengan harapan kulit dan otot baru akan tumbuh di sekeliling tulang. 
Teknik ini adalah satu cara untuk memulihkan peredaran darah ke bahagian jari yang cedera supaya tubuh boleh membaiki anggota diri sendiri yang cedera. Pembedahan itu berjaya dan Wang akan mempunyai hujung jari baru. Cantuman akan dipisahkan daripada perut dalam tempoh sebulan. [orange.co.uk]

Kaedah Rawatan Pelik Sakit Gigi... Mengeluarkan Cacing Gigi Melalui Telinga

Chen Yuan Sheng, 44, yang telah melibatkan diri dalam industri pakaian di Batu Pahat selama lebih dua dekad, mempunyai kerja sampingan istimewa dan agak pelik sejak bertahun-tahun yang lalu.
Khidmat istimewa dan unik Chen ialah membantu pesakit sakit gigi untuk mengurangkan kesakitan dengan menghalau cacing gigi menggunakan kaedah rawatan purba Cina. 

Kaedah rawatan yang digunakan adalah warisan daripada mendiang bapanya yang mempunyai kepentingan yang besar dalam bidang perubatan Cina dan mahir dalam perubatan akupunktur dan herba yang dipelajarinya dari negara China. 
Bagaimana kaedah rawatan ini dilakukan?

Monday, November 14, 2011

Fasha Sandha ikut langkah Zarina ... buka sana buka sini

Apa yang anda tatap ni adalah penampilan Fasha Sandha ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tiba dengan gaun labuh berwarna jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang. Memanglah bentuk badannya cantik kerna tidak ada lemak atau selulit yang kelihatan, tetapi ia tetap tidak sopan. Tetamu ‘Mat Salleh’ di acara itu pun bijak menghormati adab susila dalam berpakaian di negara Islam ini. [mimpisenja] - Foto...

Sunday, November 13, 2011

Terbaru 7 Keajaiban Dunia Telah Tersenarai

Setelah melalui proses panjang dan kontroversi, Yayasan New 7 Wonders, akhirnya tepat pukul 11.11 pada 11-11-2011 waktu London, atau pukul 18.00 WIB, pengundian pemilihan untuk mencari seterusnya 7 Keajaiban dunia telah ditutup dan keputusan awal pengundian telah diketahui.
Berpusat di Heidi-Weber-Museum di Zurich, Switzerland, pencarian New 7 Wonders Foundation telah diperkenalkan oleh penulis kelahiran Switzerland yang juga pembikin filem Kanada, Bernard Weber.
Sebuah laman web untuk kempen pemilihan 'New 7 Wonders Nature' telah dilancarkan pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran tentang tempat-tempat yang paling indah di dunia.  Berikut adalah senarai 7 Keajaiban Dunia yang baru:

Saturday, November 12, 2011

Pelukis Kanak-Kanak Genius 9 Tahun Membeli Rumah Baru Untuk Keluarganya

Jika rakan-rakan yang seusia dengannya menconteng gambar pada dinding rumah ibu bapa mereka, bakat seni luar biasa Kieron Williamson, 9 tahun sebaliknya sudah mampu membeli rumah untuk keluarganya. Kanak-kanak ini telah membeli sebuah rumah di Ludham, Norfolk, yang sebelum ini tinggal menyewa di rumah flet.
Kanak-kanak berusia sembilan tahun ini berjaya menjual 33 buah lukisannya berjumlah £150,000 dan hari ini lebih sedozen lukisannya habis dijual dengan harga £106,260 dalam satu pameran di Picturecraft Galeri di Holt.

Thursday, November 10, 2011

Pelajar Nakal & Lemah Menduduki Peperiksaan di Luar Bilik Darjah

Dua barisan pelajar, yang dianggap nakal atau tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang akademik, menduduki peperiksaan di luar kelas di sebuah sekolah menengah di daerah Jinxian, wilayah Jiangxi Timur China, Nov 8, 2011. Sesetengah pelajar memakai tudung kepala mereka kerana suhu yang rendah sehingga 12 darjah celcius di luar bilik darjah menyebabkan ramai pelajar menggigil dalam kesejukan.
Kalaulah perkara seperti ini berlaku di negara kita, kita percaya semua pihak akan menunjukkan rasa kemarahan mereka kepada pihak sekolah juga Kementerian Pelajaran. Guru, pengetua, PPD habis kena maki hamun oleh ibu bapa terutamanya, termasuk pegawai atasan, ahli politik dan orang ramai kerana pihak sekolah telah melakukan diskriminasi pelajar.

Wednesday, November 9, 2011

Isteri Potong Buah Zakar Suami Curang

Hmm...isteri mana yang tidak marah kalau mengetahui suami yang dicintai menduakannya. Kes mengerikan ini berlaku di Autralia.
Seorang isteri tidak dapat menahan rasa marah terhadap sikap suaminya yang curang lalu bertindak cuba memotong buah zakar suaminya.
Mangsa yang berusia 35 tahun dikatakan mengalami beberapa kesan tikaman pada buah zakarnya.
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tennant Creek di Wilayah Utara kemudian Australia Royal Flying Doctor Service menerbangkan lelaki itu ke Hospital Alice Springs untuk rawatan lanjut. Lelaki malang tersebut berada dalam keadaan stabil. [thesun]

Monday, November 7, 2011

Gadis Mendakwa Bapa Kepada Anaknya Ialah Justin Bieber

Fan Mariah Yeater, 20, mendakwa awal minggu ini bahawa penyanyi 'superstar', Jutin Bieber ialah bapa kepada anak yang dilahirkannya yang kini telah berusia 4 bulan Mariah, 20, mendakwa bayi yang dilahirkan itu adalah hasil pertemuan singkat pertamanya lalu melakukan hubungan intim di dalam bilik mandi di belakang pentas dalam satu konsert Bieber. 
Dia mengatakan persamaan antara anaknya dengan Bieber amat luar biasa.Lihat saja mulutnya memang serupa. Saya hanya mahu menuntut hak untuk anak saya, saya rasa amat menderita setelah ditinggalkan dan saya cuba menghubunginya tetapi Justin langsung tidak menyambutnya." katanya lagi.
Bieber telah menafikan dakwaan wanita itu tetapi dilaporkan telah

Sunday, November 6, 2011

Peti Sejuk Sarat Dengan Bakteria Memudaratkan?

Peti sejuk adalah tempat berbahaya kepada kesihatan, demikian menurut pakar-pakar dari syarikat Microban Eropah.
Kajian menunjukkan bahawa beberapa petak peti sejuk mungkin mengandungi sejumlah besar patogen. Masalah yang paling besar adalah berkaitan dengan ruang tempat menyimpan barang basah segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Para saintis telah mengkaji peti sejuk yang tidak ada fros. Mereka mendapati pemilik jarang membasuh peti sejuk kerana ia tidak memerlukan defrosting.

Tahan Nafas ...

Penghibur Liu Fei, 52, dari Jiangxi, China, melakukan aksi ngeri dengan dua ekor ular blumkol peliharaannya masuk melalui lubang hidung dan keluar dari mulutnya. Dia melakukan banyak latihan sebelum membuat persembahan yang mendebarkan para penonton. [thesun.co.uk]

Saturday, November 5, 2011

Kate Hamil?

London: Isteri Putera William, Kate Middlton, dikhabarkan sedang berbadan dua. Berita gembira buat rakyat Britain tersebut muncul setelah Duchess of Cambridge itu menolak makan kacang yang dianggap tidak baik untuk wanita hamil.
The Sun
mewartakan, ketika Kate dan William menghadiri acara bantuan kemanusiaan bersama dengan Putera Fredrick dari Denmark, Kate menolak secara halus menikmati kacang. Sejak sekian lama, Pemerintah Inggeris melarang wanita hamil makan kacang kerana dikhuatiri alergi.
Semasa William dan Fredrick dari Denmark merasa contoh bantuan makanan dari UNICEF, Kate hanya menatap suaminya dengan pandangan aneh. Beberapa orang yang rapat dengan Kate mengaggap penolakan Kate terhadap kacang itu pelik. Apalagi Kate tidak alergi terhadap kacang.

Friday, November 4, 2011

OKU Sanggup Merangkak Demi Rasa Kasih Terhadap Kerbaunya Yang Sedang Bunting

Long Shilu, 48, orang kurang upaya [OKU] tinggal di kampung Lianmeng, Bishan, Chongqing, Kakinya yang panjang lumpuh dalam insiden perubatan ketika berusia 8 bulan, mengakibatkan otot kaki telah menguncup begitu serius. Long bergantung kepada tangannya menyokong badan ketika merangkak untuk mendapatkan keperluan diri. Oleh sebab tidak boleh melakukan kerja manual, maka Long menggunakan kerbau untuk mengambil upah melakukan kerja-kerja di ladang orang lain.

Thursday, November 3, 2011

Masih Ingat Lagi Manohara? Anjing Antara Haiwan Peliharaannya

 Manohara dengan anjing haiwan kesayangannya
Anda ingat lagi dengan Manohara yang pernah menjadi berita hangat suatu ketika dulu... Ini berita terkini yang dipetik dari Liputan6.com [mohon izin]. Berikut salinan petikan artikel dari web tersebut. Apa yang menjadi kemusykilan kita ialah siapa sebenarnya  Manohara ni ... Sila baca sampai habis...

Jakarta: Selamat datang di kediaman Manohara Odelia Pinot. Jangan kaget ya, jika melihat beragam hewan peliharaan seperti anjing, kucing, dan lainnya. Ternyata, perempuan berdarah Bugis-Amerika Serikat ini seorang penyayang binatang. Oh, so sweet..

"Ada empat anjing, dua kucing, dan satu ikan. Semua harmonis kok hidupnya," tutur Manohara girang di Status Selebritis SCTV, Rabu (2/11).

Wednesday, November 2, 2011

Gadis Pemegang Rekod Lidah Terpanjang di Dunia

Chanel Tapper, 21, yang memiliki lidah berukuran 9.7cm secara rasmi telah disahkan dalam Rekod Guinness sebagai pemegang rekod lidah terpanjang di dunia.

Pada bulan September Guinness menjemput Chanel ke Los Angeles untuk menentukan juara di mana dia telah menewaskan dua pesaing wanita lain untuk rekod dunia.

"Saya mula melakukan aksi menjelirkan lidah sejak di sekolah lagi. Saya tidak pernah mempunyai masalah mempunyai lidah yang panjang, ia menyeronokkan." [thesun.co.uk]

Tuesday, November 1, 2011

Prosedur Melakukan Pemeriksaan Bulanan Kesihatan Payudara Sendiri

[Info kesihatan]- Melakukan pemeriksaan payudara setiap bulan boleh membantu mencegah kanser payudara sebagai proses mengesan penyakit pada peringkat awal. Dr Vatsala, Ketua Pakar Bedah, berkongsi beberapa garis panduan yang penting untuk wanita mengamalkan dan memeriksa sendiri payudara mereka mengenal pasti jika terdapat apa-apa perubahan seperti ketumbuhan atau 'thickenings'. Jadi, lakukanlah pemeriksaan sendiri demi menjalani kehidupan yang sihat dengan melakukan prosedur-prosedur seperti berikut: