Wednesday, October 12, 2011

Super Mom... Mengandung 39 Minggu Menamatkan Larian Maraton Kemudian Melahirkan Anak

Pada jangka waktu 39 minggu kehamilan, kebanyakan wanita hanya akan menantikan saat kelahiran bayi yang comel dengan selamat.
Namun lain pula halnya dengan seorang ibu muda, Amber Miller, 27 tahun yang sedang mengandungkan anak keduanya berusia 39 minggu begitu bersemangat menyertai larian maraton di Chicago. Amber Miller dari Illinois berjaya menamatkan lariannya sejauh 26 batu dengan catatan masa 6 jam 25 minit tanpa mengalami sebarang masalah.
Ketika menghampiri peringkat akhir perlumbaan, kontraksi mula menendang. Namun semangat yang luar biasa satu-satunya peserta 'ibu mengandung' meneruskan perlumbaan tanpa menghiraukan akan keadaan diri dan kandungannya dengan berselang berjalan dan berlari.
Hanya beberapa jam selepas menamatkan perlumbaan sejauh 26,2 batu, wanita Chicago ini melahirkan anak perempuan, Jun Audra.
'Pengecutan [konstraksi] menjadi tetap selepas selesai perlumbaan, jadi saya segera makan sandwic dan suami terus membawa saya ke Hospital Central DuPage di Winfield' katanya kepada Tribune Chicago. Ibu dan bayinya dengan berat 7 lb 13 oz berada dalam keadaan sihat. Penyertaan ini bukanlah kali pertama, kerana Puan Miller pernah menyertai larian maraton ketika sedang mengandungkan anak pertamanya berusia 4 bulan dalam kandungan [dailymail.co.uk]
Seriously sporty: Miller joined thousands of other runners in the Bank of America Chicago Marathon on Sunday

14 comments:

Cik Sue said...

memang hebat laa wanita ini...caya laaahhh...

nuhara said...

tidak dpt dinafikan lagi kaum wanita mmg hebat :)

Shiela Latif said...

HEBAT!!

stellaizz said...

PEHHH HEBAT......

Ungu Violet said...

semangattt...:)

ABU said...

wah hebak!!

Shorim Kasih said...

lagi dasyattt dr cite tv tu...hehe

Shorim Kasih said...

lagi dasyattt dr cite tv tu...hehe

Adylia Qarissa said...

malaikat jaga anak dia tu kot..ish...bahaya nie buatnya jatuh macam mana??

Pia said...

"wow..memang supermak betul ni..."

kakngah said...

super mom!
kakngah masuk 32 minggu nak turun naik rumah tingkat 2 ni pun semput rasanya....

NURUL ASHIKIN said...

memang superb.. (kalau x jadi apa2 la)... kalau jadi gak.. tandanya dia tak boleh buat keja gini lagi kalau mengandung pulak

Economy said...

nice work. visit me back and give ur comment

Jobless Girl said...

Salute!!