Monday, October 17, 2011

Patah Hati Ditinggalkan Kekasih...Panjat Menara Elektrik Voltan Tinggi

Gara-gara patah hati ditinggalkan teman wanitanya seorang pemuda Li Wang cuba membunuh diri dengan memanjat menara elektrik berkuasa tinggi 120 000 volt di Chengdu, selatan China. Beratus-ratus orang berkumpul di tempat kejadian. Nasihat dan rayuan berulangkali selama 3 jam dilakukan oleh pasukan keselamatan supaya turun, namun dia enggan turun dan terus kekal berada di puncak menara sambil minum alkohol.
Setelah 3 jam menanti, pasukan keselamatan berjaya memaut pemuda itu yang tidak sedarkan diri setelah mabuk  turun dari menara.

 "Kami tidak tahu selepas ini sama ada dia cuba pula untuk mematahkan lehernya sendiri atau menggoreng dirinya hidup-hidup di atas talian kuasa elektrik. Hari ini dia amat bernasib baik," kata jurucakap pasukan bomba keselamatan.

Lemah betul jiwa lelaki ni..kerana seorang gadis terus patah hati membawa diri selamanya.... Banyak lagi gadis-gadis manis dan baik yang sedang menanti... [metro.co.uk]

9 comments:

Amie said...

pemuda ini lemah semangat....

Myboiler said...

kuatnya pengaruh wanita terhadap lelaki...

khairul said...

akal pendek tu

Cheqna said...

Itu pentingnya pegangan Agama yang kuat..semoga dijauhi pemikiran yg pendek.

ch000tz axoera said...

xde agama lah tu

muse said...

adoi macam ni pun ada ka...

~Nana 귀여운~ said...

orang skg semakin cetek akal pemikiran

Seri Bahasa said...

bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...pendek betul fikiran pemuda ni...

Rain said...

nak salahkan siapa?

bila pegangan agama tak kuat, mudah untuk diri mengalah bila ditimpa masalah.., tak leh terima takdir.

tekanan byk menjadi punca utk bunuh diri