Thursday, October 27, 2011

Masih Ada Umph...Pengantin Lelaki Tertua Di Dunia Berusia 120 Tahun

Seorang lelaki India berusia 120 tahun, Hazi Abdul Noor, masih cergas, dan sihat  telah berkahwin untuk kali kedua pada hari Ahad lepas dan kini beliau  menjadi pengantin lelaki tertua di dunia.
Enam tahun selepas isteri pertamanya meninggal dunia, beliau telah berkahwin lagi dengan Samoi Bibi, 60, di kampung Satghori di North-East India.
Salima Khatun, isteri pertamanya, meninggal dunia pada tahun 2005. Sebelum meninggal dunia, Allahyarhamah telah berpesan meminta anak-anaknya untuk mencari seorang isteri untuk bapa mereka yang boleh menjaganya.

Anaknya, Hazi Azir Uddin, berkata, "Tidak lama selepas kematian ibu saya, ayah saya meminta kami untuk mencari  isteri baru yang akan menjaganya. Ia bukan kerja mudah untuk mencari pengantin yang berusia 100 tahun. Namun dengan rahmat Tuhan, kita telah menemui seorang ibu yang baru, walaupun dia separuh daripada usianya."
Family snap: Mr Noor asked his children to find him a new wife after his first died in 2005. Samoi, 60, from North Foolbari village, has promised to look after him. [Times of India]

7 comments:

Adylia Qarissa said...

panjang usianya....

semoga dengan perkahwinan ni, bini dia dapat jaga dia bila sakit nanti..

Hans said...

wahhhhh
jodoh Allah tentukan
moga dia bahagia buat kali kedua :-)

Hidayati said...

Ajal maut & jodoh pertemuan di tanganNya. Siapa sangka kan.

amna said...

syukur, masih dikurniakan jodoh walaupun sudah lanjut usia :)

Abang Long said...

Rekod dunia kebanggaan lelaki..huhu

NURUL ASHIKIN said...

itulah dia jodoh ALLAH

DLJ said...

Apa la agaknya yang dia makan, hingga boleh bertahan hingga berusia sebegitu...