Sunday, October 23, 2011

Ghadafi Menawarkan Harta Kekayaannya ...Seseorang Menjerit, Sepatutnya Kamu Berdoa Sebelum Mati - Saksi

Seorang saksi, Hammad Mufti Ali, 28, memberitahu bagaimana bekas pemimpin Libya dengan penuh kekalutan merayu untuk hidup dengan menawarkan emas dan wang kekayaannya yang diluar dugaan mereka sebelum dibunuh selepas dia diseret dari persembunyiannya dari dalam pembetung.
Encik Ali berkata: "Pada satu ketika seseorang menjerit kepadanya bahawa dia sepatutnya bukan bercakap tentang wang, sebagai seorang Muslim yang baik, dia seharusnya berdoa untuk dirinya sendiri yang diamanahkan kepada Allah sebelum mati. 
"Tetapi dia terus berkata bersedia untuk memberikan kita sebanyak mana wang dan emas yang kita mahukan."

Encik Ali, komander briged di Sirte, kepada akhbar Itali Corriere Della Sera: "Semasa dia ditarik dari tempat persembunyiannya, dia berkata bersedia untuk menawarkan apa-apa pertukaran untuk nyawanya. Beliau berkata, beliau mempunyai wang dan emas bagi kita jika dia dilepaskan.

"Dia kehilangan banyak darah - beliau berusia 69 tahun dan tubuhnya tidak bermaya lagi. Dia telah luka di seluruh anggota tubuh akibat kesan dipukul"
Kolonel Gaddafi dikatakan mempunyai lebih $200bn (£125bn) dalam bentuk wang tunai dan emas yang tersembunyi dalam beberapa akaun rahsia di seluruh dunia.
Laporan awal tahun ini selepas permulaan revolusi beliau telah menerbangkan harta kekayaannya ke Zimbabwe.
 Rakya Libya Berbaris enunggu giliran melihat mayat Ghadafi
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah berkata ia percaya Libya mempunyai sekurang-kurangnya 140 tan emas tersembunyi dan sebahagian besar tersimpan di dalam peti besi bank pusat di Tripoli. [orange.co.uk]

"Sesungguhnya harta yang menggunung tidak mampu untuk menyelamatkan kamu sama ada di dunia dan akhirat, kecuali jika harta kamu  itu kamu gunakan untuk kebaikan menuju ke jalan Allah"

7 comments:

Pen Biru said...

kebaikan dan pengorbanan dia yg terdahulu terhapus dimata manusia kerana kegagalan mengawal nafsu terhadap harta dunia..1 kerugian yg amat sgt...

Pen Biru said...

kebaikan dan pengorbanan dia yg terdahulu terhapus dimata manusia kerana kegagalan mengawal nafsu terhadap harta dunia..1 kerugian yg amat sgt...

Anonymous said...

Yg kita dapati di internet, last word dr ghadafi adalah spt berikut ~
A translation by Sky News of the video showing the chaotic moments after Moammar Gadhafi's capture zeroes in on what appear to be his final words, reports MSNBC. "What you are doing is not allowed in Islamic law," he shouts to his captors. "What you are doing is forbidden in Islam!" After a gun is pointed at his head, he says, "Do you know right from wrong?" One man answers, "Shut up, dog." Shortly after, Gadhafi appears to lose consciousness

JOUHAR

Abd Razak said...

jangan percaya ,setahu saya gaddafi adalah mangsa CIA amerika dalam menganti pemimpin libya yang pro amerika dan semua ini adalah ajenda zionis untuk menukar pemimpin islam yang lantang menidakan kuasa amerika .semasa kempen menjatuhakan saddam ada berita dalam akhbar kita yang mengatakan saddam mempunyai bandar bawah tanah yg kebal tetapi semua itu dakyah CIA untuk menunjukan saddam mempunyai cita2 macam hitler untuk menguasi dunia..
semoga allah merakmati roh gaddafi..amin

khairul said...

ntah la bro

Myra Jay said...

Yg penting amal jariah bkn harta benda..

Wallahualam..

Yastro said...

aku rasa pun ini semua agenda dr pro Us dan yahudi nih...