Monday, October 24, 2011

Foto Kanak-kanak di Tapak Pelupusan Sampah Menang 'The Environmental Photographer of the Year Competition'

Pemenang Pertandingan Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2011, Chan Kwok Hung menerangkan bagaimana dia berhasil untuk menangkap gambar tentang kehidupan dua orang kanak-kanak yang terdedah dengan pencemaran alam sekitar akibat masalah kemiskinan.
'Gambar itu diambil di Kathmandu, ibu kota Nepal. Dua orang kanak-kanak ini tinggal berdekatan dengan kawasan pembuangan sampah bersama nenek mereka. Setiap hari mereka mencari sesuatu yang berguna yang boleh dijual semula untuk mendapatkan wang supaya mereka boleh membeli makanan.
Jika mereka tidak menjumpai apa-apa, nenek mereka memarahi dan menyalahkan mereka. Malangnya, mereka tidak menemui apa-apa untuk beberapa hari, dan mereka berasa sangat lapar.
“Saya memberikan mereka sedikit wang dan biskut selepas mengambil gambar ini, tetapi saya tidak tahu siapa yang akan membantu mereka selepas itu,” kata Encik Chan.

Antara gambar-gambar menarik perhatian para juri ialah Pantai Holderness yang terletak di Timur Yorkshire mengalami kadar hakisan pantai tertinggi di Eropah.

Seterusnya ialahseekor udang berada di dalam rahang belut moray yang amat ditakuti manusia sedang membersihkan gigi belut moray.
Seorang ibu yang kehilangan tempat tinggal di India menghuni paip 'pembetung' bersedia untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah manakala anaknya yang masih mengantuk sedang lena dibahunya.[dailymail.co.uk]



1 comment:

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih