Subscribe Us

Komodo Dragon Mesin Pembunuh Yang Cekap, Mampu Membunuh Mangsa Bertubuh Besar


Komodo Dragon mempunyai reputasi yang menakutkan untuk menjadi mesin pembunuh yang cekap, mampu menewaskan haiwan besar seperti kerbau dengan melakukan sedikit gigitan kerana menurut kajian terkini, cicak terbesar di dunia ini hanya mempunyai gigitan yang kurang berkuasa daripada gigitan kucing peliharaan di rumah.


Jadi bagaimana ia melakukannya?

Menurut penyelidik dari Universiti Rutgers di Amerika Syarikat dan University of New South Wales Australia, yang diketuai oleh
Dr Stephen Wroe, dengan berat badan 100kg serta berukuran lebih daripada sembilan kaki panjang, biawak Komodo Dragon bergantung kepada kekuatan tubuh yang besar, sasa dan ganas apabila keluar memburu.



Ia kemudian menggigit lalu menyuntik dos racun ke dalam tubuh mangsa sebelum merobek mangsa dengan gigi tajamnya, menggunakan teknik gigitan 'pembuka'. Dr Stephen Wroe serta pasukannya mendapati bahawa racun yang dihasilkan oleh seekor Komodo Dragon menyebabkan mangsa mengalami renjatan dan berdarah banyak.


Binatang itu bergantung kepada badan yang besar dan memerah tenaga pada otot kuat, menindih atas mangsanya semasa mengoyak cebisan daging yang besar dengan gigi bergerigi - ia adalah satu sistem yang sangat berkesan
. [dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

0 Ulasan