Monday, October 31, 2011

Bayi Filipina Penduduk Dunia ke-7 Bilion

Seorang kakitangan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) menghadiahkan kek kepada keluarga bayi perempuan yang baru lahir, Danica Camacho, di hospital Bersalin Fabella Manila, Filipina pada 31 Okt 2011 sebagai simbolik kelahiran "bayi ke-7 000 000 000" [7 bilion].
Penduduk dunia mencapai tujuh bilion pada 31 Okt 2011, mengikut unjuran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan peristiwa global ini membentangkan kedua-dua peluang dan cabaran bagi planet bumi ini. Walaupun lebih ramai orang akan hidup lebih lama dengan kehidupan yang lebih sihat, jurang antara kaya dan miskin akan terus melebar dan lebih ramai pula terdedah kepada masalah kekurangan makanan dan bekalan air. [chinadaily/photo Agensi]

Sunday, October 30, 2011

Ikan Bermata Tiga Di Argentina

Seekor ikan bermata tiga telah dilaporkan ditemui dalam tasik berhampiran loji janakuasa nuklear di Argentina, pada 27 Okt lalu.
Ikan bermutasi serigala telah ditangkap oleh seorang nelayan di Cordoba. Penduduk tempatan berkata pencemaran merebak dari loji nuklear yang mengepam air panas melalui paip ke dalam tasik tersebut.
Para nelayan mengambil keputusan untuk tidak makan atau menjual ikan-ikan yang ditangkap dan ia dihantar untuk ujian pengesahan sama ada ia telah [bermutasi] menyebabkan kecacatan yang disebabkan oleh radiasi
.
[The Sun]

Saturday, October 29, 2011

Berita Buruk Untuk Bapa :) Bayi Harus Berkongsi Katil Ibu Sehingga Tiga Tahun - Baik Untuk Jantung & Otak

Berita buruk untuk bapa :) Nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak; bayi-bayi sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun!  Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan  kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Pakar tersebut juga menyatakan,
jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar.

Thursday, October 27, 2011

Masih Ada Umph...Pengantin Lelaki Tertua Di Dunia Berusia 120 Tahun

Seorang lelaki India berusia 120 tahun, Hazi Abdul Noor, masih cergas, dan sihat  telah berkahwin untuk kali kedua pada hari Ahad lepas dan kini beliau  menjadi pengantin lelaki tertua di dunia.
Enam tahun selepas isteri pertamanya meninggal dunia, beliau telah berkahwin lagi dengan Samoi Bibi, 60, di kampung Satghori di North-East India.
Salima Khatun, isteri pertamanya, meninggal dunia pada tahun 2005. Sebelum meninggal dunia, Allahyarhamah telah berpesan meminta anak-anaknya untuk mencari seorang isteri untuk bapa mereka yang boleh menjaganya.

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tidak Diajar Lagi Di Sekolah Rendah?

Bermulanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR] yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2011, hampir setahun yang lalu, mata pelajaran Bahasa Melayu sudah tidak diajar di sekolah-sekolah rendah bagi murid-murid Tahun Satu di Negara kita. Dalam tempoh 5 tahun lagi Bahasa Melayu di sekolah rendah akan terhapus dalam sistem pendidikan negara. Sebagai ganti, Bahasa Malaysia diajar sepenuhnya di sekolah-sekolah rendah SK dan SJK.

Walaupun mata pelajaran 'Bahasa Malaysia' itu adalah 'Bahasa Melayu', sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang begitu sayang dan bangga dengan bahasa ibunda yang sudah wujud sejak ribuan tahun, kita rasa terkilan mengapa istilah 'Bahasa Melayu' di tukar semula kepada 'Bahasa Malaysia'.

Wednesday, October 26, 2011

Bagaimana Komodo Dragon Boleh Membunuh Kerbau Hanya Dengan Sekali Gigitan Lemah

Komodo Dragon mempunyai reputasi yang menakutkan untuk menjadi mesin pembunuh yang cekap, mampu menewaskan haiwan besar seperti kerbau dengan melakukan sedikit gigitan kerana menurut kajian terkini, cicak terbesar di dunia ini hanya mempunyai gigitan yang kurang berkuasa daripada gigitan kucing peliharaan di rumah.

Jadi bagaimana ia melakukannya?

Menurut penyelidik dari Universiti Rutgers di Amerika Syarikat dan University of New South Wales Australia, yang diketuai oleh
Dr Stephen Wroe, dengan berat badan 100kg serta berukuran lebih daripada sembilan kaki panjang, biawak Komodo Dragon bergantung kepada kekuatan tubuh yang besar, sasa dan ganas apabila keluar memburu.

Monday, October 24, 2011

Foto Kanak-kanak di Tapak Pelupusan Sampah Menang 'The Environmental Photographer of the Year Competition'

Pemenang Pertandingan Jurugambar Alam Sekitar Tahun 2011, Chan Kwok Hung menerangkan bagaimana dia berhasil untuk menangkap gambar tentang kehidupan dua orang kanak-kanak yang terdedah dengan pencemaran alam sekitar akibat masalah kemiskinan.
'Gambar itu diambil di Kathmandu, ibu kota Nepal. Dua orang kanak-kanak ini tinggal berdekatan dengan kawasan pembuangan sampah bersama nenek mereka. Setiap hari mereka mencari sesuatu yang berguna yang boleh dijual semula untuk mendapatkan wang supaya mereka boleh membeli makanan.
Jika mereka tidak menjumpai apa-apa, nenek mereka memarahi dan menyalahkan mereka. Malangnya, mereka tidak menemui apa-apa untuk beberapa hari, dan mereka berasa sangat lapar.

Sunday, October 23, 2011

Ghadafi Menawarkan Harta Kekayaannya ...Seseorang Menjerit, Sepatutnya Kamu Berdoa Sebelum Mati - Saksi

Seorang saksi, Hammad Mufti Ali, 28, memberitahu bagaimana bekas pemimpin Libya dengan penuh kekalutan merayu untuk hidup dengan menawarkan emas dan wang kekayaannya yang diluar dugaan mereka sebelum dibunuh selepas dia diseret dari persembunyiannya dari dalam pembetung.
Encik Ali berkata: "Pada satu ketika seseorang menjerit kepadanya bahawa dia sepatutnya bukan bercakap tentang wang, sebagai seorang Muslim yang baik, dia seharusnya berdoa untuk dirinya sendiri yang diamanahkan kepada Allah sebelum mati. 
"Tetapi dia terus berkata bersedia untuk memberikan kita sebanyak mana wang dan emas yang kita mahukan."

Misteri Kematian Gaddafi Terungkai

 Ghadafi dibunuh dengan pistol emas miliknya
Sedikit demi sedikit saat-saat terakhir Kolonel Moammar Gaddafi mulai terungkai. Komandan pasukan yang menangkap kolonel diktator menceritakan detik-detik terakhir kehidupan Gaddafi kepada BBC.
Omran al-Oweib, nama komandan itu mengatakan, Gaddafi yang sudah cedera diseret dari sebuah salura paip tempat berlindung di Sirte.
Namun, baru berjalan sekitar 10 langkah, Gaddafi tersungkur akibat tertembak. Omran menyatakan sukar mengenal pasti orang yang menembak Gaddafi. "Saya tidak melihat siapa yang menembak atau senjata jenis apa yang membunuh Gaddafi," kata Oweib.
Oweib menambah, sejak awal lagi  sejumlah pejuang berniat untuk membunuh Gaddafi, namun dia berusaha untuk menjaga bekas diktator Libya itu tetap hidup.

Friday, October 21, 2011

Gadis Kecil Baru 10 Tahun Telah Menguasai 10 Bahasa

Seorang murid berusia 10 tahun boleh bertutur dalam  SEPULUH bahasa termasuk Kazak dan Uganda. Sonia Yang, 10 tahun telah dinobatkan sebagai 'The best young linguist' bahagian barat laut England dalam pertandingan tersebut.  Gadis kecil dari Hulme Cheadle, Stockport, dilahirkan di Taiwan tetapi berpindah ke England dengan keluarganya untuk memulakan sekolah rendah.
Semasa tiba di England, Sonia sudah fasih bertutur dalam Bahasa Taiwan Jepun, Cina dan Bahasa Inggeris. Kini dia boleh juga bertutur dalam bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol, Portugis dan baru-baru ini telah dikesan menguasai bahasa Kazakh dan bahasa Uganda.

Thursday, October 20, 2011

Lelaki Menderita Buah Zakar Membesar Sehingga 45 Kg

Seorang lelaki Amerika, Wesley Warren Jr, 47 tahun dari Las Vegas menderita penyakit buah zakar membesar luar biasa sehingga 45 kg.  Penyakit aneh ini dialaminya sejak 2008.
Saiz buah zakarnya yang luar biasa itu menyebabkan dia tidak boleh memakai seluar jeans atau seluar dan terpaksa bergantung hidup dengan diet antibiotik dan ubat-ubatan. 
Doktor memberitahu dia mengalami sejenis penyakit scrotal lymphedema  satu kondisi yang disebabkan nodus limfa dalam skrotum membengkak dengan cecair berair

Monday, October 17, 2011

Patah Hati Ditinggalkan Kekasih...Panjat Menara Elektrik Voltan Tinggi

Gara-gara patah hati ditinggalkan teman wanitanya seorang pemuda Li Wang cuba membunuh diri dengan memanjat menara elektrik berkuasa tinggi 120 000 volt di Chengdu, selatan China. Beratus-ratus orang berkumpul di tempat kejadian. Nasihat dan rayuan berulangkali selama 3 jam dilakukan oleh pasukan keselamatan supaya turun, namun dia enggan turun dan terus kekal berada di puncak menara sambil minum alkohol.

Sunday, October 16, 2011

Bantuan RM 100 Dan RM 200 Untuk Pelajar Pada Disember

Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula.
Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam. [kosmo]

Saturday, October 15, 2011

Bayi Zaman Tekno... iPad Ialah Majalah Yang Tidak Berfungsi

Melakukan sentuhan pada skrin iPad, bayi ini kelihatan amat seronok dan gembira tetapi apabila diberikan sesuatu seperti majalah seolah-olah dia berada di laut.
Klip video yang sedang hit di YouTube menunjukkan seorang bayi berumur setahun telah memahami bahawa ipad lebih menarik berbanding buku atau majalah.
Selepas gembira bermain-main dengan iPad, kanak-kanak itu ditunjukkan sedang bergelut untuk memahami apa yang majalah-majalah boleh dilakukan. Gambaran pada fikiran kanak-kanak itu bahawa majalah ialah ipad yang tidak berfungsi. Lihat video...

Friday, October 14, 2011

Apa Ni...

Sebiji kentang bersaiz segenggam tangan dewasa berbentuk kura-kura telah ditemui oleh seorang petani, Ma Xiuling, 64, di kebunnya di Yanji, timur laut wilayah Liaoning China. Kentang luar biasa menyerupai kura-kura ini lengkap dengan kaki, ekor, kepala malah sepasang mata. Kentang kura-kura ini mendapat perhatian para penduduk sekitar kerana bentuknya seolah-olah seperti kura-kura hidup.

Wednesday, October 12, 2011

Perlanggaran Menakjubkan... Pelumba Basikal Gunung vs Antelop

Seorang peserta, Evan van der Spuy yang mengambil bahagian dalam perlumbaan basikal gunung berhampiran Pietermaritzburg, Afrika Selatan, mempunyai sebab untuk bersyukur apabila terselamat setelah dilanggar oleh seekor antelop menyebabkan tubuh dan basikalnya terbang seketika dan jatuh di atas rumput tebal. Topi keledar yang dipakai telah melindungi kepalanya daripada cedera teruk
Perlanggaran pada kelajuan tinggi yang menakjubkan telah dirakam oleh rakan peserta perlumbaan basikal gunung,Travis Walker, yang mempunyai kamera yang diikat pada basikal kerana dia bekerja untuk syarikat pemasaran yang menaja acara itu. Lihat video dan foto-foto menarik... [dailymail.co.uk]

Super Mom... Mengandung 39 Minggu Menamatkan Larian Maraton Kemudian Melahirkan Anak

Pada jangka waktu 39 minggu kehamilan, kebanyakan wanita hanya akan menantikan saat kelahiran bayi yang comel dengan selamat.
Namun lain pula halnya dengan seorang ibu muda, Amber Miller, 27 tahun yang sedang mengandungkan anak keduanya berusia 39 minggu begitu bersemangat menyertai larian maraton di Chicago. Amber Miller dari Illinois berjaya menamatkan lariannya sejauh 26 batu dengan catatan masa 6 jam 25 minit tanpa mengalami sebarang masalah.
Ketika menghampiri peringkat akhir perlumbaan, kontraksi mula menendang. Namun semangat yang luar biasa satu-satunya peserta 'ibu mengandung' meneruskan perlumbaan tanpa menghiraukan akan keadaan diri dan kandungannya dengan berselang berjalan dan berlari.

Monday, October 10, 2011

Hotel Mewah Milik Penduduk Kampung Terkaya

Inilah hotel kebanggaan bagi penduduk-penduduk kampung terkaya di negara China.  Suatu majlis perasmian telah diadakan untuk sebuah hotel yang baru dibina dengan ketinggian 328 meter di kampung Huaxi , kampung terkaya di China, di Jiangyin, wilayah Jiangsu Timur China . Hotel ini dibina pada kos tiga bilion yuan (hampir $471 juta). Apa yang menarik ialah kos pembinaan hotel ini adalah daripada penduduk kampung sendiri.   Setiap ahli keluarga mengeluarkan modal sebanyak 10 juta yuan. "Ia adalah simbol pembandaran luar bandar," menurut Wu Renbao, bekas setiausaha Parti  kampung Huaxi.

Friday, October 7, 2011

Tahun 2011 Hadiah Paling Manis Untuk Orang Muo :)

Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan orang muo kejayaan paling  bermakna pada tahun 2011.  Dua orang anak orang muo baru saja selesai konvokesyen untuk menerima ijazah masing-masing.  
Anak sulung orang muo [foto atas] telah menamatkan pengajiannya  di UUM pada 2010, baru saja konvo pada 6 Okt 2011.
Ini pula anak yang ke-2 orang muo,  menamatkan pengajiannya di UKM pada Mei 2011 dan konvokesyen pada 24 Okt 2011.
Kini kedua-duanya telah bekerja dan orang muo sedang menanti kehadiran  menantu pulak :).  Doakan orang muo ye...mudah-mudahan berkat doa semua sahabat bloger, hajat orang muo akan tercapai... Amin.

Saturday, October 1, 2011

Kucing Bermuka Dua Masih Bertahan Hidup 12 Tahun

Kucing berusia 12 tahun yang mempunyai dua muka telah diiktiraf dalam Guinness World Records 2012 sebagai paling lama hidup di dunia.
Frank and Louise kucing Janus, yang dinamakan sempena nama dewa Rom dengan dua muka, biasanya tidak dapat bertahan hidup lebih lama daripada hanya beberapa hari.
Kucing ini dilahirkan dengan dua muka, dua mulut, dua hidung, tiga mata. Semasa dilahirkan, Frank dan Louie dikatakan hanya mampu hidup selama satu hanya satu hari saja. Namun pemiliknya Marty Stevens seorang veterinar mengambil keputusan untuk memeliharanya.
Pada ketika itu para pakar mengatakan adalah sukar kucing ini untuk terus hidup kerana kecacatannya menyebabkan sukar untuk makan dan minum.
Cik Stevens menggunakan tiub untuk memberikan makanan dan minuman selama tiga bulan, dan akhirnya kucing tersebut terus membesar dengan sihat seperti kucing-kucing biasa. Lihat video...