Monday, September 5, 2011

Si Hitam Manis...Ratu Buah Antioksidan

Jika durian terkenal dengan jolokan raja buah, manggis pula digelar sebagai Queen of Fruit atau ratu buah, kerana keeksotikan bentuknya. Buah manggis dengan tampilan yang cantik ini diakui mengandungi antioksidan pada kulit dan buahnya. Buah manggis ternyata menawarkan alternatif lain untuk mendapatkan antioksidan yang berguna mencegah kerosakan sel yang disebabkab oleh radikal bebas.

Dari hasil kajian, buah asli Asia Tenggara ini dapat menghasilkan xanthone, iaitu zat yang terbentuk dari hasil isolasi kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti antiinflamasi dan antioksidan.
Penelitian tentang xanthone telah dimulakan sejak tahun 1970 dan sehingga kini telah ditemukan lebih dari 40 jenis xanthone, antaranya adalah alpha-mangostin dan gamma mangostin yang dipercayai memiliki kemampuan mencegah berbagai penyakit. Kedua-dua jenis xanthone tersebut dapat membantu menghentikan inflamasi (radang) dengan cara menghambat produksi enzim COX-2 yang menyebabkan inflamasi.

Kandungan stilbenes pada buah manggis juga sangat bermanfaat sebagai antikulat. Sebuah studi di Singapura menunjukkan bahawa sifat antioksidan pada buah manggis jauh lebih efektif dibandingkan dengan durian dan rambutan.
Gamma-mangostin mempunyai efek anti radang lebih baik daripada obat antiinflamasi lain yang dijual di pasaran. Xanthone jenis ini dapat menghindarkan berbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan, seperti artritis dan alzheimer (merupakan salah satu penyakit disfungsi otak).
Xanthone juga bermanfaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kemampuan antioksidannya melebihi vitamin C dan E yang selama ini dikenal sebagai antioksidan yang paling efektif.
Kandungan alpha-mangostin dan gamma-maostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria. Alpha-magodtin juga diketahui mempunyai efektivitas yang sama baiknya dengan antibiotik yang berada di pasaran seperti amphicillin dan minocycline.

2 comments:

faizulosman said...

pernah tengok kat tv yang kulit manggis talah di jdkan sebagai sabun yg baik utk kesihatan...

*rainyscream* said...

utk lagi bagus, makan sekali dengan kulit manggis. ahahaha