Tuesday, September 13, 2011

Orang Utan Ketagih Rokok Akibat Pengunjung Tidak Bertanggungjawab

Seekor orang utan dewasa, Shirley berusia 25 tahun di Zoo Negeri Johor disifatkan sebagai hidup dalam keadaan tenat akibat ketagihan rokok. Puncanya adalah disebabkan sikap para pengunjung yang suka melemparkan puntung rokok kepada orang utan yang ditempatkan di dalam kurungan. Mereka berbuat demikian hanya untuk melihat gelagat orang utan merokok tanpa menyedari bahawa ia telah menyebabkan masalah kesihatan orang utan itu.

Pihak berkuasa Malaysia telah mengasingkan orang utan ini dan telah dikuarantin di Zoo Melaka untuk menghentikan tabiat merokok kerana perlakuan itu tidak sesuai untuk seekor haiwan dan menjejaskan kesihatan. [Lihat video di bawah]
Tanda 'dilarang merokok' diletakkan di luar sangkar itu, tetapi pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang orang ramai yang bertindak melontar rokok ke dalam kurungan Shirley.
Shirley menghabiskan kebanyakan masanya mengoyak selain tin minuman dan mengunyah pembalut makanan yang dibuang oleh pengunjung. Haiwan ini dijangka akan dihantar ke pusat hidupan liar di Borneo dalam beberapa minggu. Lihat video... [dailymail.co.uk]