Subscribe Us

Nutrien Untuk Kesihatan Payudara


Mengekalkan payudara anda dengan baik dan memastikannya sentiasa sihat adalah sangat penting supaya anda boleh mengelakkan sebarang masalah biasa yang memberi kesan kepada buah dada. Kes-kes kanser payudara ini semakin berbahaya, jadi anda perlu bersedia untuk pergi lebih jauh bagi memastikan kesihatan payudara anda.


Penjagaan payudara bukanlah satu proses yang sangat rumit dan tidak banyak yang perlu anda lakukan. Anda boleh memastikan payudara anda berada di puncak kesihatan dengan hanya menyenaraikan beberapa jenis makanan dalam diet harian anda. Terdapat beberapa nutrien yang payudara anda perlukan, jadi anda perlu mengenal pasti barang-barang makanan yang kaya dengan nutrien.


Ada nutrisi tertentu yang penting untuk payudara dan harus dimasukkan dalam menu makanan harian anda, seperti dikutip dari Lifemojo, iaitu:

1. Sayuran berdaun hijau

Jangan lupa untuk menyertakan sayuran berdaun hijau seperti brokoli, kubis, dan kailan dalam diet anda. Hal ini kerana sayuran ini kaya dengan vitamin antioksidan (vitamin E, C dan A) dan serat. Antioksidan ini akan menghilangkan radikal bebas dan racun dari tubuh.


Antioksidan dan serat memainkan peranan penting dalam melindungi badan daripada semua jenis kanser, termasuk kanser payudara yang jumlah penghidapnya semakin meningkat. Sayur-sayuran berdaun hijau mengandungi jumlah yang banyak kandungan indoles dan sulforaphane juga fitokimia melawan terhadap karsinogen dan toksin untuk membantu melindungi dari kanser payudara dan tumor.


2. Ikan
Ikan diakui kaya asid lemak omega-3 dan vitamin D yang sangat tinggi. Kedua-dua komponen ini sangat baik agar payudara sihat, jadi pastikan ada ikan dalam menu makanan.


3. Makanan  berprotein daripada tumbuhan
Makanan daripada kacang soya seperti tahu dan  kaya protein, sedangkan produk-produk nabati [lemak daripada tumbuh-tumbuhan] lainnya seperti kacang hitam mengandung protein, asam folat dan serat yang baik untuk Payudara Sihat.


4. Buah beri

Jika anda tidak suka sayuran, tak ada salahnya untuk mengganti dengan buah. Buah beri diketahui mengandung serat dan vitamin C yang tinggi, sehingga boleh ditambahkan bersama yoghurt, bijirin, salad atau dimakan langsung.


5. Minum segelas jus oren

Jus oren kaya akan vitamin C yang efektif dapat membantu menjaga agar payudara fit dan sihat. Jika anda tidak suka jus, tidak salah jika dimakan secara langsung. Peranan buah ini sangat aktif dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, termasuk melindungi payudara dari infeksi.
[lifemojo.com]

Catat Ulasan

2 Ulasan

is revered by you berkata…
owh..good info.thanx~
Aini Azman berkata…
terbaikkkk,./.=p