Monday, September 12, 2011

Kanak-Kanak Menyusu Terus Dari Puting Susu Lembu Setelah Ditinggalkan Ibu

Seorang kanak-kanak kecil telah menghisap susu secara langsung dari puting susu seekor lembu sejak ibu dan bapanya meninggalkannya bersama datuknya di kampung untuk mencari kerja di Thailand apabila ribut telah memusnahkan rumah keluarga.

Tha Sophat, berusia 18 bulan, telah menyusu sendiri cara ini sejak Julai lalu. Datuknya, Um Oeung, 46, terpaksa membiarkan cucunya berbuat demikian kerana sejak berhenti daripada menyusu badan, dia sering menangis dan kanak-kanak ini jatuh sakit.

Kanak-kanak lelaki itu pada mulanya memerhatikan anak lembu menyusu dari ibunya, dia pun mula melakukan perkara yang sama, menyusu terus dari puting susu lembu setiap hari, kata datuknya, Um Oeung.  Jika datuk melarangnya, cucu lelakinya itu menangis, maka dia membiarkan terus cucunya menyusu terus dari lembu.
Jiran-jiran dan pegawai kesihatan tempatan di kampung Pheas, Wilayah Siem Reap, kira-kira 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh, berkata mereka tidak begitu senang dengan perkara itu.  Mereka bimbang budak tu akan berasa malu apabila besar nanti dan akan menjadi nakal, "katanya.
"Kesihatannya baik, dia kuat dan tidak mengalami cirit-birit, 'kata Oeung Um. [dailymail.co.uk]

15 comments:

Ringgo said...

tu la khasiat susu badan ..

Cik Sue said...

kesiannnya..tapi IQ budak ni tinggi..boleh pikirkan cara lain nak dapatkan susu ehehehe...

siti said...

kesian dia...

khairul said...

ARRGHH...berkhasiat tu

kakngah said...

ada tgk dlm berita...

♥Aien Najwa♥ said...

dahsyat nyer..tapi xpela..susu lembu fresh, terbaik..(^_^)..

~~zAnAfAhMi~~ said...

kesiannya....atok tak mampu nak biaya susu tepong utk dia, yg ada cuma lembu..

Pen Biru said...

at least susu tu lg berkhasiat dr susu tepung yg dah dicampur dgn ntah hapa2 tu..

cikguden said...

la kasihannya. nasib baik ada lembu

delarocha said...

kasihan

miez mimosa said...

sedeynye ble teringat kt ank sendiri..

BlogS of Hariyanto said...

fresh from the breast of cow :) nice share post my friend..thanks

thomas said...

nampak sihat je,lembu dah ganti mak dia,kesian.

thomas said...

nampak sihat je,lembu dah ganti mak dia,kesian.

yahaya said...

hmm ...dah nasib...