Sunday, September 18, 2011

Bermewah-Mewah...Kompaun Jika Tempah Makanan Berlebihan

Inilah penyakit kaum Arab zaman sekarang yang suka bermewah-mewah dengan kekayaan mereka... bermewah-mewah dengan makanan dan boros berbelanja.

Sebuah restoran di Arab Saudi mengenakan denda atau kompaun terhadap pelanggan jika mereka membuat tempahan terlalu berlebihan untuk mengelakkan pembaziran kerana makanan tersebut akhirnya terbuang begitu saja.
Fahad Al Anezi, pemilik Restoran Marmar di bandar Dammam berkata, beliau mahu mengelak daripada membuang makanan. Beliau juga mahu menggalakkan pelanggan supaya kurangkan bermewah-mewah dengan pesanan mereka.

"Terdapat banyak pelanggan yang membuat pesanan yang besar untuk menarik perhatian orang di sekeliling mereka dengan tujuan untuk meningkatkan prestij sosial mereka," katanya.
“Tempahan yang telah dibuat akan dikenakan kompaun atau bayaran tambahan yang telah ditetapkan bergantung kepada berapa banyak makanan yang berlebihan,” katanya lagi.

8 comments:

twinkeenabilah said...

ye betol tu jangan membazir. Amalan syaitan

ABU said...

bagusla kalau mcm tu wahai kaum arab..

SCLover said...

mmm... kat bumi arab pun ada yg perangai tak baik mcm ni..:-(

chiLleD...!! said...

bagusnyer..bolh lah atasi mslh pmbzirn.

Rara. said...

waa, orang arab ni memang suka mebazir eh?

Brilliant Marjan said...

bagus!

ingatlah org yg susah dan tak de makanan tu..

kay masingan said...

Baca dalam banyak sumber, sudah sikap orang Arab suka menunjuk-nunjuk.
Harap2 mereka akan sedar dengan adanya undang2 begini..

Seri Bahasa said...

sbb itulah bangsa arab ni sekarang lebih lemah dari bangsa israel...mudah dipengaruhi oleh bangsa lain sbb takut hilang kekayaan mereka.