Friday, September 30, 2011

Hmm... Seludup Burung Dalam Seluar

Seorang pengembara Belanda ditangkap apabila cuba menyeludup lebih daripada satu dozen burung 'hummingbirds' hidup di dalam kantung khas dijahit di dalam seluar di Lapangan Terbang Rochambeau di Cayenne, French Guiana.
Burung- burung tersebut diletakkan di dalam poket secara berasingan yang dibungkus dalam kain untuk menghalang daripada terlepas keluar. Burung-burung hummingbirds dipercayai telah diberikan ubat pelali.

Wednesday, September 28, 2011

Allah Maha Pencipta....Bayi Bermuka Dua Lahir Di Pakistan

Bayi yang baru lahir di Pakistan, pada hari Jumat lalu amat istimewa sekali kerana mempunyai dua muka atau dua wajah. Ibu bertuah itu Syahidah Perveen,30 tahun melahirkan seorang bayi bermuka dua, dua hidung, empat mata, dan sepasang telinga. Anggota bayi yang lain adalah normal.
Bayi itu dilahirkan pada kira-kira pada jam11:00 pagi hari Jumaat dan selepas tersiar berita tempatan, beratus-ratus pelawat berkumpul di hadapan jabatan ginekologi untuk melihat renungan bayi yang mempunyai dua muka.

Friday, September 23, 2011

Pernah Tengok Penghujung Pelangi? Ni Dia...

Seumur hidup kita memang amat sukar untuk mencari dan melihat hujung pelangi yang cantik berwarna-warni.  Lain pula dengan seorang pengguna lebuh raya di UK amat bertuah kerana dapat melihat dengan matanya sendiri penghujung pelangi betul-betul di atas sebatang jalan lebuh raya yang dilaluinya.  Beliau sempat merakam gambar peristiwa paling hebat yang belum pernah dialami selama ini. [dailymail.co.uk]

Thursday, September 22, 2011

Rawatan Unik Kecantikan... Breast Slapping Beauty

Kaum wanita di Thailand kini mempunyai alternatif untuk melakukan beberapa perubahan terhadap diri agar kelihatan lebih cantik dan menarik, ingin memiliki beberapa bahagian anggota badan lebih menarik termasuk bahagian muka, pembesaran punggung dan payudara, kini mereka tidak perlu lagi untuk membuat pembedahan plastik. Kaedah rawatan unik yang dimiliki oleh Khemmikka Na Songkhla, 44 tahun telah diiktiraf dan mendapat kelulusan daripada kerajaan Thailand
Bagaimana Khemmikka melakukannya? Caranya nampak seperti pelik tetapi amat berkesan... iaitu dengan menampar atau menepuk bahagian-bahagian yang hendak dirawat. [Lihat video...]

Monday, September 19, 2011

Anaconda Gergasi Berjaya Ditakluk

Seorang ahli biologi, Niall McCann, 29 tahun berjaya menangkap seekor ular anaconda gergasi berukuran 20 kaki panjang, berat 100kg dengan ukur lilit badan 27 inci. Seperti Indiana Jones yang sebenar tanpa rasa gentar sedikitpun, dia bertindak menerkam dan bergusti menangkap kepala anaconda kemudian dibantu oleh pembantu-pembantunya.
Niall McCann bersama pasukannya sedang dalam ekspedisi merentas hutan hujan tropika Guyana, terserempak dengan ular gergasi itu di tebing sungai Rewa.
Kejayaan menangkap haiwan tersebut telah memenuhi cita-cita jangka hayat bagi saintis berani itu, yang mempunyai semangat untuk menangani makhluk hebat itu. 

Sunday, September 18, 2011

Gila ke Apa... 66 Orang Kanak-Kanak Dalam Satu Van

Sepasukan anggota polis di bandar Qianan, wilayah Hebei, Utara China amat terkejut apabila sebuah van 8 tempat duduk yang telah diubah suai membawa seramai 66 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur antara 4 hingga 5 tahun. Tanpa menghiraukan keselamatan, pemilik van telah mengubah suai van,  menggantikan tempat duduk dengan deretan bangku-bangku kayu. Pemandu telah diberikan surat saman kerana melanggar peraturan undang-undang pengangkutan  jalan raya. Lihat video...

Bermewah-Mewah...Kompaun Jika Tempah Makanan Berlebihan

Inilah penyakit kaum Arab zaman sekarang yang suka bermewah-mewah dengan kekayaan mereka... bermewah-mewah dengan makanan dan boros berbelanja.

Sebuah restoran di Arab Saudi mengenakan denda atau kompaun terhadap pelanggan jika mereka membuat tempahan terlalu berlebihan untuk mengelakkan pembaziran kerana makanan tersebut akhirnya terbuang begitu saja.
Fahad Al Anezi, pemilik Restoran Marmar di bandar Dammam berkata, beliau mahu mengelak daripada membuang makanan. Beliau juga mahu menggalakkan pelanggan supaya kurangkan bermewah-mewah dengan pesanan mereka.

"Terdapat banyak pelanggan yang membuat pesanan yang besar untuk menarik perhatian orang di sekeliling mereka dengan tujuan untuk meningkatkan prestij sosial mereka," katanya.
“Tempahan yang telah dibuat akan dikenakan kompaun atau bayaran tambahan yang telah ditetapkan bergantung kepada berapa banyak makanan yang berlebihan,” katanya lagi.

Friday, September 16, 2011

Diet Penambah Kesuburan Lelaki & Wanita

Bermacam-macam usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata bagi mereka yang menghadapi masalah kesuburan. Umpamanya mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar, makan ubat-ubatan dan sebagainya untuk meningkatkan kesuburan. Berdasarkan informasi, ternyata faktor makanan juga merupakan alternatif untuk mempertingkat kesuburan sistem reproduksi manusia.

Bahan-bahan makanan, seperti sejumlah sayuran dan buah-buahan dapat meningkatkan kesuburan dan sering kita temui. Berikut adalah jenis pemakanan yang dapat membantu meningkatkan kesuburan yang mudah diperoleh;

Thursday, September 15, 2011

Anak Belut Enam Inci Menyelinap ke Dalam Zakar Terus Ke Pundi Kencing

Seorang lelaki Cina yang mencuba rawatan kecantikan mandi dengan belut hidup akhirnya terpaksa menanggung kesakitan apabila seekor anak belut masuk ke dalam zakarnya.
Vain Zhang Nan, 56, dimaklumkan mandi dengan belut akan membuatkan beliau kelihatan 10 tahun lebih muda kerana belut-belut menggigit lapisan kulit mati.
 

Justeru, dia membeli sepuluh ekor anak belut di pasaran tempatan di bandar Honghu, Wilayah Hubei, dan membuat keputusan untuk mencubanya di rumah. Malangnya seekor anak belut 6 inci panjang berenang sehingga ke uretra dan masuk ke dalam pundi kencing.

Wednesday, September 14, 2011

Band Jazz Menjadi Popular Setelah Membuat Persembahan di Depan Sekawan Lembu

Sebuah kumpulan band jazz Amerika Syarikat telah menjadi bintang internet selepas membuat persembahan di Perancis di depan penonton yang agak pelik iaitu sekawan lembu.Rakaman video yang mempamerkan kumpulan The New Hot 5 di padang ragut telah menarik minat sehingga lembu-lembu terpaku menyaksikan persembahan itu di Autrans. Bermula saja persembahan, semua kawanan lembu bergerak menghampiri kumpulan itu dalam satu barisan menikmati irama muzik yang dimainkan. Video tersebut telah ditonton lebih daripada 270,000 pengunjung di YouTube sejak dimuat beberapa hari lepas. Lihat video menarik ini... [orange.co.uk]

Tuesday, September 13, 2011

Orang Utan Ketagih Rokok Akibat Pengunjung Tidak Bertanggungjawab

Seekor orang utan dewasa, Shirley berusia 25 tahun di Zoo Negeri Johor disifatkan sebagai hidup dalam keadaan tenat akibat ketagihan rokok. Puncanya adalah disebabkan sikap para pengunjung yang suka melemparkan puntung rokok kepada orang utan yang ditempatkan di dalam kurungan. Mereka berbuat demikian hanya untuk melihat gelagat orang utan merokok tanpa menyedari bahawa ia telah menyebabkan masalah kesihatan orang utan itu.

Pihak berkuasa Malaysia telah mengasingkan orang utan ini dan telah dikuarantin di Zoo Melaka untuk menghentikan tabiat merokok kerana perlakuan itu tidak sesuai untuk seekor haiwan dan menjejaskan kesihatan. [Lihat video di bawah]

Monday, September 12, 2011

Kanak-Kanak Menyusu Terus Dari Puting Susu Lembu Setelah Ditinggalkan Ibu

Seorang kanak-kanak kecil telah menghisap susu secara langsung dari puting susu seekor lembu sejak ibu dan bapanya meninggalkannya bersama datuknya di kampung untuk mencari kerja di Thailand apabila ribut telah memusnahkan rumah keluarga.

Tha Sophat, berusia 18 bulan, telah menyusu sendiri cara ini sejak Julai lalu. Datuknya, Um Oeung, 46, terpaksa membiarkan cucunya berbuat demikian kerana sejak berhenti daripada menyusu badan, dia sering menangis dan kanak-kanak ini jatuh sakit.

Sunday, September 11, 2011

Fenomena Gila Warga Barat ... Makan Tembuni Bayi Sendiri

Ibu makan tembuni atau uri bayinya sendiri? Mungkin macam menjijikkan. Namun, fenomena yang satu ini, sedang hangat dan menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri warga barat. Bahkan, kini buku resepi masakan berbahan tembuni banyak beredar dipasaran dunia barat.

Mereka yang mempraktikkannya percaya memakan tembuni atau uri dapat mengatasi depresi [kemurungan] pascamelahirkan atau yang lebih dikenali dengan sebutan 'baby blues'. Selain itu dengan melakukan diet ini ia kononnya dapat membantu rahim beradaptasi dan juga meningkatkan produksi susu ibu.

Friday, September 9, 2011

Saman...Ramas Payudara Sambil Memandu Terakam Pada Kamera Perangkap Had Laju

Seorang pemandu mengancam mengenakan tindakan undang-undang ke atas polis trafik tempatan selepas kamera polis didakwa merakamnya memandu melebihi had laju di lebuh raya di Wilayah Sichuan,China sambil meramas payudara penumpang wanita di sebelahnya.
Ahli perniagaan Jialin Deng telah didenda £20 kerana memandu hampir 60mph dalam zon had laju 50mph, tetapi bukan itu yang dibimbangkannya.
Beliau mendakwa imej memalukannya yang telah disiarkan oleh media tempatan lalu dipaparkan dalam forum internet, adalah manipulasi digital.

Merokok Sejurus Bangun Pagi Berisiko Dua Kali Ganda Menghidap Kanser Paru-Paru

Lebih daripada 7,000 perokok telah mengambil bahagian dalam kajian yang dijalankan oleh saintis dari Penn State College of Medicine. Hasilnya, doktor telah mengesahkan bahawa jika seseorang menghisap rokok dalam tempoh 30 minit selepas bangun dari tidur, risiko kanser paru-paru akan menjadi dua kali lebih besar.
Semua orang yang mengambil bahagian dalam kaji selidik, 4776 perokok sudah mempunyai kanser paru-paru, manakala perokok yang lain sihat. Berbanding dengan mereka yang menghisap rokok pertama sekurang-kurangnya sejam selepas bangun tidur dengan orang-orang yang merokok dengan serta-merta selepas bangun adalah 79% lebih berkemungkinan untuk mendapat kanser.

Thursday, September 8, 2011

Nutrien Untuk Kesihatan Payudara

Mengekalkan payudara anda dengan baik dan memastikannya sentiasa sihat adalah sangat penting supaya anda boleh mengelakkan sebarang masalah biasa yang memberi kesan kepada buah dada. Kes-kes kanser payudara ini semakin berbahaya, jadi anda perlu bersedia untuk pergi lebih jauh bagi memastikan kesihatan payudara anda.

Penjagaan payudara bukanlah satu proses yang sangat rumit dan tidak banyak yang perlu anda lakukan. Anda boleh memastikan payudara anda berada di puncak kesihatan dengan hanya menyenaraikan beberapa jenis makanan dalam diet harian anda. Terdapat beberapa nutrien yang payudara anda perlukan, jadi anda perlu mengenal pasti barang-barang makanan yang kaya dengan nutrien.

Ada nutrisi tertentu yang penting untuk payudara dan harus dimasukkan dalam menu makanan harian anda, seperti dikutip dari Lifemojo, iaitu:

Monday, September 5, 2011

Si Hitam Manis...Ratu Buah Antioksidan

Jika durian terkenal dengan jolokan raja buah, manggis pula digelar sebagai Queen of Fruit atau ratu buah, kerana keeksotikan bentuknya. Buah manggis dengan tampilan yang cantik ini diakui mengandungi antioksidan pada kulit dan buahnya. Buah manggis ternyata menawarkan alternatif lain untuk mendapatkan antioksidan yang berguna mencegah kerosakan sel yang disebabkab oleh radikal bebas.

Dari hasil kajian, buah asli Asia Tenggara ini dapat menghasilkan xanthone, iaitu zat yang terbentuk dari hasil isolasi kulit buah manggis. Xanthone mempunyai aktiviti antiinflamasi dan antioksidan.
Penelitian tentang xanthone telah dimulakan sejak tahun 1970 dan sehingga kini telah ditemukan lebih dari 40 jenis xanthone, antaranya adalah alpha-mangostin dan gamma mangostin yang dipercayai memiliki kemampuan mencegah berbagai penyakit. Kedua-dua jenis xanthone tersebut dapat membantu menghentikan inflamasi (radang) dengan cara menghambat produksi enzim COX-2 yang menyebabkan inflamasi.

Sunday, September 4, 2011

Makanan Untuk Otak

Blueberry [beri biru] tidak mahal dan pelbagai guna. Ia adalah antara jenis makanan yang amat baik untuk kesihatan otak. Blueberry mengandungi banyak antioksidan, justeru ia layak sebagai makanan otak. Selain bluberry sayuran hijau dan walnut yang kaya dengan lemak sihat dan vitamin E, serta antioksidan yang melindungi sel-sel otak juga baik untuk peningkatan daya pemikiran.
Ikan, juga adalah pilihan yang baik kerana kuantiti yang tinggi omega 3 asid lemak, yang diketahui dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan menggalakkan komunikasi antara sel-sel otak. Flaks dan canola minyak juga kaya dengan omega 3. Telur ayam yang mengandungi omega 3 adalah antara pilihan makanan murah tetapi amat baik untuk otak. Berikan makanan yang mengandungi omega 3 untuk anak-anak anda bagi memastikan kesihatan otak mereka lebih baik.

Friday, September 2, 2011

Jangan Tiru! Bapa Biarkan Anak 4 Tahun Memandu di Jalan Raya Yang Sibuk

Seorang bapa di Wilayah Shandong, China membiarkan anak perempuannnya yang baru berusia 4 tahun memandu kereta di jalan raya yang sibuk? Anehnya kanak-kanak ini dapat mengawal stering, brek dan memandu kenderaan dengan tenang. Sebagai bapa yang matang tidak sepatutnya berbuat begitu kerana ia terlalu berbahaya. Lihat video...