Thursday, August 11, 2011

Teladan: Cacat Bukan Penghalang Cita-Cita Ke Menara Gading

Wu Jianping, 22 tahun tinggal di Henan. wilayah Tengah China, telah kehilangan kedua-dua tangannya dalam satu kemalangan ketika berumur lima tahun, sedang membuat persediaan untuk peperiksaan masuk kolej. Wu mula menulis dengan mulutnya apabila dia memasuki sekolah dan telah belajar berdikari untuk menjaga dirinya sebaik yang boleh. Berkat kegigihannya, cacat tidak menjadi penghalang untuk Wu mengejar impiannnya. Wu menerima surat tawaran kemasukan dari Universiti Industri Ringan Zhengzhou, Ogos 9, 2011. [Photo / CFP]
Wu mula menulis dengan mulutnya apabila dia memasuki sekolah dan telah belajar berdikari untuk menjaga dirinya sebaik yang boleh
Wu menerima surat tawaran kemasukan dari Universiti Industri ringan Zhengzhou, Ogos 9, 2011. [Photo / CFP]

14 comments:

Gen2Merah said...

waa, macam nak nangis baca kisah ini.. sungguh cekalnya insan kurang upaya ini ya..

harap semangat kita pun akan macam tu

tzmlt converse said...

kta ptt sgt brsyukur kn?..nice entry

Ringgo said...

syukur apa yg Allah anugerah pd kita dan digunakan kejalan yang baik ..
ALASAN boleh menyekat kita untuk terus maju dalam dunia & akhirat serta kehidupan ini

Khairil said...

memang salute le dgn orang2 cacat yang gigih berusaha macam ni...

si para para said...

usha memecahkan dinding kegagalan...

stellaizz said...

kita patut bersyukur apa yg kita miliki sekarang :(

Terbelog said...

sian nyer bro

Nancy Poh said...

Seronok baca kisah benar yg menjadi teladan...inilah yg dikatakn kesempurnaan kepada kecacatan..

org muo said...

tq semua sahabat2 pengomen: mmg kesian.. bersyukur dgn apa yg ada pada diri kita yg lbh bernasib baik.
: Allah maha adil & maha pengasih... diri kite sendiri yg perlu berusaha gigih jika ingin sukses & allah akan menolong
:sikap sebegini sepatutnya yg perlu ada pada diri sama ada oku mahupun yg sempurna sifat
:nak cari posting warga oku tempatan blm jumpalagi

Lea IsNaw! said...

kdg2 org2 oku lagi kuat semangat berbanding org normal

KimiCnoL said...

sangat tabahkan diowang nie ;)
kisah disebalik rusuhan london?

Miecyber said...

Wu Jianping seorang yang hebat...

Seri Bahasa said...

insan kurang upaya kadang mempunyai kelebihan dari kita yang sempurna ni...setiap kejadian itu sudah tentu ada kelebihan masing-masing.

harrazdani said...

mereka ini cacat lahiriah tetapi sempurna batiniah.....