Subscribe Us

Muslim Sweden Berpuasa hingga 18 Jam

Sweden: Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar tahun ini kerana terpaksa berlapar lebih lama - sehingga 18 jam kerana musim panas di utara Eropah. Presiden Liga Islam Sweden, Encik Omar Mustafa, berkata ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa. Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya. 'Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

Pada 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa Ramadan yang jatuh pada musim panas apabila siangnya lebih panjang daripada biasa. Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada 9.41 malam - hampir 18 jam. Bagaimanapun, cabaran itu sedikit pun tidak menjejas semangat umat Islam di negara itu menjalani ibadat berpuasa.
Malah, menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini. 'Kami mendapati jualan buah-buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat,' kata pegawai media Coop, Cik Louise Stephan. Dianggarkan kira-kira 200,000 daripada sembilan juta penduduk Sweden beragama Islam. -- Agensi.

Catat Ulasan

3 Ulasan

zati embong berkata…
tidak perlu utk berkira mungkin

O.o
Tanpa Nama berkata…
tak kiralah berapa jam pon, yang penting kita harus berpuasa dari terbit matahari, sehingga terbenamnya matahari :)
Syukur kita tak perlu berpuasa selama tu