Subscribe Us

Mangsa Nahas Sedekah Ais Kacang & Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya

Seorang penjual 'ais kacang', yang juga bekas mangsa nahas jalan raya, Encik Faudzi Muhamad, atau nama glamornya  'Encik Boii', memberikan ais kacang percuma sambil memberikan nasihat kepada pengguna-pengguna jalan raya di Kuala Terengganu supaya berhati-hati ketika di jalan raya.
Encik Faudzi, yang kehilangan kaki kanannya dalam satu nahas motosikal pada 1995, berkata beliau menggunakan kacang, kismis, cendol dan sirap coklat sebagai bahan-bahan resipi ais kacangnya itu.
Beliau juga memberi nasihat percuma kepada para pelanggannya supaya memandu dengan selamat semasa hari percutian yang bakal menjelang ini.
'Saya beritahu mereka bahawa sayalah contoh terbaik tentang perlunya berjaga-jaga ketika di jalan raya. 'Apa yang terjadi kepada saya adalah sesuatu yang dahsyat tetapi saya mahu memainkan peranan saya dalam mengingatkan orang ramai tentang peri pentingnya keselamatan,' katanya. [The Sunday Star]

Catat Ulasan

2 Ulasan

tza berkata…
bagus la :D
Tanpa Nama berkata…
Tahun ni kemalangan jalan raya dan angka yang terbunuh meningkat.Operasi tahunan ni dianggap buang masa,tenaga dan wang.Sepatutnya pihak yang bertanggung-jawab PDRM dan JPJ buat operasi sepanjang tahun.Yang pandu kereta dan motosikal laju ni kebanyakannya kereta dan motosikal yang bunyinya menggegarkan bumi.Depa belanja banyak wang untuk jadikan kereta dan motosikal bunyi macam guruh membelah bumi.Depa mesti pandu laju kalau tidak tak ada bunyi kuat.Untuk membentras fenomina ini tak perlu tunggu Hari Raya,Tahun Baru Cina mahu pun Krismas.Percayalah kalau isu ini diselesaikan secepat munkin,pasti kemalangan jalan raya akan berkurangan.