Monday, August 29, 2011

Mangsa Nahas Sedekah Ais Kacang & Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya

Seorang penjual 'ais kacang', yang juga bekas mangsa nahas jalan raya, Encik Faudzi Muhamad, atau nama glamornya  'Encik Boii', memberikan ais kacang percuma sambil memberikan nasihat kepada pengguna-pengguna jalan raya di Kuala Terengganu supaya berhati-hati ketika di jalan raya.
Encik Faudzi, yang kehilangan kaki kanannya dalam satu nahas motosikal pada 1995, berkata beliau menggunakan kacang, kismis, cendol dan sirap coklat sebagai bahan-bahan resipi ais kacangnya itu.
Beliau juga memberi nasihat percuma kepada para pelanggannya supaya memandu dengan selamat semasa hari percutian yang bakal menjelang ini.
'Saya beritahu mereka bahawa sayalah contoh terbaik tentang perlunya berjaga-jaga ketika di jalan raya. 'Apa yang terjadi kepada saya adalah sesuatu yang dahsyat tetapi saya mahu memainkan peranan saya dalam mengingatkan orang ramai tentang peri pentingnya keselamatan,' katanya. [The Sunday Star]

Saturday, August 27, 2011

Takutkan Singa... Kucing Memanjat Pokok Kaktus Gergasi 15 Meter Tinggi

Seekor kucing 'bobcat' ini terpaksa memanjat pokok kaktus gergasi setinggi 15 meter di Gold Canyon, Arizona, untuk melepaskan diri daripada singa gunung yang sedang kelaparan mencari mangsa. Namun kucing ini terlalu takut untuk turun semula dan terpaksa berada di atas selama 6 jam sebelum diselamatkan. Cuba anda bayangkan bagaimana agaknya dengan keadaan tubuh si kucing malang yang terpaksa menahan kesakitan dengan duri-duri tajam kaktus. Kasihan... [daily telegraph]

Thursday, August 25, 2011

Cokelat Meningkatkan Kemampuan Otak & Mempertajam Penglihatan

London: Cokelat hitam ternyata dapat membuat pandangan semakin tajam dan meningkatkan kemampuan otak. Cokelat hitam juga terbukti menjadi makanan yang cukup berkesan untuk mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Penemuan terbaru ini merupakan hasil penyelidikan dari University of Reading, Britain.  
Mereka menemui cokelat hitam memilki banyak kandungan flavanol yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak.  Hasil kajian ini juga membuka spekulasi bahawa cokelat hitam juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina untuk mempertajam penglihatan. Khasiatnya juga dikatakan lebih baik berbanding wortel yang selama ini juga dikenal berkhasiat untuk mata.(ADO)

Monday, August 22, 2011

Ada Partikel Berlian Pada Api Lilin?

Washington DC: Untuk pertama kalinya jutaan zarah [partikel] berlian ditemui dalam pijaran api lilin oleh sepasukan penyelidik dari Scotland baru-baru ini. Penemuan secara tidak sengaja itu melakukan kajian ke atas kilauan api lilin, dan hasilnya telah membuktikan kehebatan ilmu pengetahuan. Dr Wuzong Zhou, dari University of St Andrews, Scotland, yang mengetuai penyelidikan ini mengamati pijaran api lilin secara saksama dan menganalisa partikel yang terbentuk akibat reaksi pembakaran tersebut. Hasilnya, ia menyimpulkan bahawa partikel yang mengilap [berkilauan] pada pusat api lilin ini adalah berlian nanopartikel. Menurutnya, sekitar 1,5 juta nanopartikel berlian ini terbentuk dalam pijaran api lilin setiap detik.(Zeenews)

Saturday, August 20, 2011

Rahmat Bulan Ramadan, Anggur Penduduk Muslim Uygur Menjadi

Petani mengumpulkan anggur di bandar Hami, wilayah autonomi Xinjiang Uygur yang majoriti penduduknya beragama Islam. Rahmat bulan Ramadan, tanaman anggur di sini begitu menjadi. Anggur dari pusat pengeluaran di bandar Hami di hantar dan dipasarkan ke Beijing, Shanghai, dan Guangzhou. Petani menganggarkan mereka boleh meraih pendapatan lebih daripada 10,000 yuan ($ 1,565) untuk setiap hektar. [Photo / Xinhua]

Bayi Baru Lahir Dah Tumbuh Gigi

Seorang ibu muda, Karen 31, dari Wallsend di Newcastle, amat bertuah kerana cahaya mata perempuan yang baru lahir sudah tumbuh 2 batang gigi depan. Lazimnya, gigi pertama hanya akan tumbuh apabila bayi berusia antara enam bulan dan satu tahun
Baru lahir dah tumbuh gigi, ini petanda apabila besar nanti  bakal menjadi seorang pemidato yang hebat.

Thursday, August 18, 2011

Kopi Mencegah Kanser Kulit

Berita baik bagi para pecinta minuman kopi. Si hitam yang nikmat diminum pada segala suasana ini memiliki manfaat luar biasa bagi kesihatan. Kopi ternyata dapat mencegah serangan kanser kulit. Demikian hasil penelitian yang dilakukan pasukan penyelidik yang diketuai oleh Allan Coffey dari National Cancer Institute, Amerika Serikat, baru-baru ini.

Kandungan kafein dalam kopilah yang menjadi kuncinya. Mereka mendapati kafein dapat mencegah berkembangnya kanser kulit, membunuh sel-sel yang rosak dan mencegahnya daripada merebak ke bahagian-bahagian lain tubuh. Kafein bahkan dapat memangkas ukuran tumor hingga 69 peratus. [liputan6.com]

Tuesday, August 16, 2011

Hotel Angkasa Lepas Dengan Ruang Pemandangan Intergalactic

Rusia mungkin telah tewas dalam perlumbaan angkasa dengan Amerika tetapi ia kini berada pada landasan untuk menjadi peneraju utama penerokaan pembinaan hotel angkasa lepas yang disasarkan untuk bintang-bintang dunia. Hotel ini bertujuan untuk individu dan orang kaya yang bekerja untuk syarikat-syarikat swasta yang ingin melakukan penyelidikan di angkasa.

Jadikan Jalan Raya Sebagai Tempat Paling Selamat

Sempena musim perayaan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi, jumlah kenderaan di jalan-jalan raya sudah tentu akan meningkat berkali ganda.  Sering kali kita mendapat berita tentang kemalangan ngeri yang berlaku pada setiap kali musim perayaan. Justeru marilah kita sama-sama memastikan jalan raya sebagai tempat yang paling selamat untuk semua pengguna jalan rayaBerhati-hati di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Berhemah di jalan raya . Sayangi keluarga anda. Ingatlah orang tersayang. Sikap toleransi boleh menyelamatkan nyawa. Hormati pengguna jalan raya yang lain, jangan pentingkan diri sendiri saja. Utamakan keselamatan . Pastikan kenderaan kita sihat dan selamat digunakan.

Monday, August 15, 2011

Trauma Kepala di Pukul Dengan Spatula Logam Berat

Ini kes dera anak di China. Lihat kepalanya... panjang umur kanak-kanak tak berdosa ni.  Seorang budak lelaki berusia 4 tahun dari wilayah Henan telah mengalami trauma kepala yang teruk, selepas ibu tirinya didakwa memukulnya dengan spatula memasak logam berat.  Kini kanak-kanak ini menjalani proses pembedahan kali ketiga di hospital Shanghai.

Pada awal kejadian, budak lelaki itu berada dalam keadaan koma selama tujuh hari sebelum membuka matanya. "Saya tidak boleh berhenti menangis apabila dia memanggil saya nenek lagi,", "Mereka mengatakan ia adalah keajaiban." kata puan Fang.

Sunday, August 14, 2011

Uniknya 2011

Orang muo tertarik dengan fakta menarik tentang uniknya kaitan angka 1 dan tahun 2011. Fakta ini orang muo salin daripada seorang sahabat  face book orang muo [Mohamad Husni].

Fakta pertama tahun ini kita mengalami 4 tarikh cantik yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.

Fakta kedua, cuba ambil 2 nombor terakhir tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 untuk semua orang. Contoh: Tahun lahir 1988, umur 23 tahun:  88 + 23 = 111.

Fakta ketiga, pada bulan Oktober akan ada 5 kali hari Ahad, 5 kali hari Isnin dan 5 kali hari Sabtu. Untuk pengetahuan anda, perkara ini hanya akan terjadi sekali sahaja pada setiap 823 tahun! Subhanallah!

Saturday, August 13, 2011

Tauke...Saya Nak Cari Topi Keledar Yang Macam Ni... Ada Tak :)



Muslim Sweden Berpuasa hingga 18 Jam

Sweden: Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar tahun ini kerana terpaksa berlapar lebih lama - sehingga 18 jam kerana musim panas di utara Eropah. Presiden Liga Islam Sweden, Encik Omar Mustafa, berkata ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa. Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya. 'Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.

Friday, August 12, 2011

Kaedah Terbaik Supaya Anak Gemarkan Sayuran, Mulakan Sejak Dalam Rahim Ibu Lagi

Ramai ibu bapa begitu sukar untuk memastikan anak-anak mereka supaya gemar makan sayur-sayuran kerana majoriti anak-anak kecil memang tidak menggemari makanan berasaskan sayur-sayuran. Kini, ahli sains berpendapat ibu-ibu boleh membuat perubahan sikap anak-anak dengan bermula sejak dari awal lagi.
Penyelidik dari Monell Chemical Senses Center, Philadelphia, mendapati bayi boleh merasa makanan yang sihat sejak di dalam rahim lagi. Dalam satu kajian yang disiarkan dalam Pediatrik jurnal, mereka mendapati rasa telah diturunkan daripada ibu kepada bayi melalui cecair amnion.

Thursday, August 11, 2011

Teladan: Cacat Bukan Penghalang Cita-Cita Ke Menara Gading

Wu Jianping, 22 tahun tinggal di Henan. wilayah Tengah China, telah kehilangan kedua-dua tangannya dalam satu kemalangan ketika berumur lima tahun, sedang membuat persediaan untuk peperiksaan masuk kolej. Wu mula menulis dengan mulutnya apabila dia memasuki sekolah dan telah belajar berdikari untuk menjaga dirinya sebaik yang boleh. Berkat kegigihannya, cacat tidak menjadi penghalang untuk Wu mengejar impiannnya. Wu menerima surat tawaran kemasukan dari Universiti Industri Ringan Zhengzhou, Ogos 9, 2011. [Photo / CFP]

Tuesday, August 9, 2011

Restoran Terbuka Memasak Makanan Menggunakan Kuasa Solar

Chef sebuah restoran terbuka memasak menggunakan dapur solar di Helsinki, Finland. Restoran ini dibuka dari 4 hingga 14 Ogos mempunyai lebih 10 unit mudah alih dapur solar dan semua makanan yang disediakan dimasak dengan kuasa solar. [Photo / Xinhua]

Monday, August 8, 2011

Percaya Tak? Disangka Mengandung Rupa-rupanya Ular Membesar di Dalam Perut Wanita Pakistan

Lahore: Aneh tetapi benar. Seorang perempuan Pakistan mengaku mengandung seekor ular besar di dalam perutnya.  Menurut laporan media Pakistan, baru-baru ini, perempuan berusia 50 tahun bernama Rasheedan Bibi yang berasal dari Saggar, Lahore utara, mengaku secara tidak sengaja tertelan anak  ular kecil  yang berada di dalam air minumannya beberapa bulan lalu.

Sunday, August 7, 2011

Hidangan Pelik Sotong Yang Telah Sedia Dihidang Hidup Kembali?

Sebuah restoran di Jepun telah mencipta hidangan unik, yang dinamakan 'Odori don' bermaksud sotong menari. Apa yang menarik ialah sotong yang telah dimasak dan sedia dihidangkan bersama nasi sushi boleh hidup kembali apabila dituangkan dengan sos soya sotong segar pada bahagian tentakelnya . Hidangan 'Odori don' ciptaan Chef Ikkatei Tabiji, di Hakodate, Jepun itu telah menjadi popular kerana keanehannya itu. Bagaimana ini berlaku? Sebenarnya ia adalah hasil tindak balas kandungan garam yang tinggi dalam sos dengan ion di dalam sel-sel sesungut [tentakel] sotong lalu menghasilkan perbezaan voltan, menyebabkan tentakel bergerak-gerak seperti hidup semulaLihat video menarik ini...

Cara Menyelamatkan Telefon Bimbit Basah Terkena Air

Jika telefon bimbit anda basah terkena air, berkemungkinan akan mengalami masalah kerosakan. Telefon anda masih boleh diselamatkan dengan langkah-langkah seperti berikut:
1. Buka 'casing' dan keluarkan bateri. Langkah ini harus diambil untuk menyelamatkan komponen-komponen di perangkat tersebut agar tidak rosak terkena air.
2. Lap menggunakan tisu atau kain lembut yang boleh menyerap air. Hati-hati semasa mengelap, jangan terlalu menggoyang atau menggerakkannya.
3. Keluarkan sisa-sisa air menggunakan penyedut hampagas [vacuum cleaner]. Jangan menggunakan pengering rambut kerana ini akan mendorong sisa-sisa air bergerak lebih jauh ke bahagian yang lebih sensitif 
4. Timbus handphone anda dengan beras kerana beras dapat menyerap air. Cara yang paling berkesan adalah dengan meletakkannya di dalam bekas yang berisi beras. Beras memiliki sifat untuk menyerap kelembaban. Perlu waktu untuk melakukan cara ini. Lebih baik jika telefon tersebut  dikambus dengan beras untuk semalaman.Selamat mencuba. [suaramerdeka.com]

Friday, August 5, 2011

Kunyah Makanan Lebih Lama Boleh Mengurangkan Berat Badan

Washington DC: Berapa banyakkah anda mengunyah setiap kali makan? Menurut para ahli Universiti Kedoktoran Cina, mengunyah makanan lebih lama dapat membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh dicerna secara perlahan sehingga tidak menjadi lemak.

Thursday, August 4, 2011

Ingin Bibir Sentiasa Merah Asli Tanpa Gincu...Ini Petuanya

Ingin bibir sentiasa merah secara semula jadi? Bibir dipercayai akan kelihatan seperti memakai gincu setelah anda menyapukan bibir dengan madu lebah asli dan perahan limau nipis. Amalkan selalu setiap malam sebelum tidur.[majalah sutra]

Al-Quran Besar Tulisan Tangan Daripada Kulit Unta & Tinta Emas

Solo: Sebuah masjid di Solo, Jawa Tengah, memiliki sebuah Al Quran berukuran raksasa. Keunikan lain dari kitab suci umat Islam ini adalah kitab Al-quran ini dibuat daripada kulit unta dan ditulis dengan tinta emas.
Al Quran terbesar berukuran  1,5 meter
panjang dan 2,5 meter lebar itu tersimpan di Masjid Fatimah. Al Quran ini tebalnya mencapai 20 sentimeter dengan berat hampir 200 kilogram. Selain terbuat daripada kulit unta, ia ditulis dengan tangan menggunakan tinta emas. Walaupun sudah berusia ratusan tahun, lembar demi lembar Al Quran ini masih terjaga dengan rapi.
Selama bulan Ramadan ini banyak masyarakat yang berkunjung ke masjid tersebut untuk melihat Al Quran ini secara langsung.
[liputan6.com]

Wednesday, August 3, 2011

Ditakdirkan Umur Masih Panjang... Katak Bertarung Nyawa 20 Minit Melepaskan Diri Dari Menjadi Mangsa Ular

Survival seekor katak terpaksa menahan sakit bertahan selama 20 minit daripada patukan dan gigitan ular di sebelah kaki belakangnya yang cuba menjadikannya sebagai menu sarapan pagi.  Kisah drama 'thriller' yang telah dirakam oleh Mr Arifin di belakang rumahnya di Jakarta, memaparkan betapa sengsaranya Sang Katak berpaut pada sebatang ranting mempertahankan diri dari patukan dan gigitan oleh Sang Ular.

Tuesday, August 2, 2011

Bagaimana Jika Sedang Memandu Tiba-tiba Ular Muncul di Cermin Depan Kereta Anda?

Pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan! Begitulah yang dialami oleh seorang ibu muda, Puan Rachel Fisher yang sedang dalam perjalanan pulang ke Memphis selepas melawat ibunya di Cordoba.
Walaupun dalam keadaan terkejut dan ketakutan Puan Fisher bernasib baik kerana masih dapat mengawal keretanya dengan kelajuan 65 batu sejam apabila seekor ular tiba-tiba muncul dan menjalar di cermin depan SUVnya.

Sambil menjerit dan ketawa hysteria, suaminya merakamkan kejadian itu dengan kamera telefonnya dan kemudian memuat naik video di YouTube, di mana ia telah menarik puluhan ribu pengunjung you tube hanya dalam masa tiga hari.Lihat video...ngeri..

Katak Paling Kecil di Dunia

Seorang profesor sains komputer di China mendakwa beliau telah membiakkan secara buatan katak terkecil di dunia. Katak itu lebih kecil daripada kacang hijau dan hanya setengah sentimeter panjang, tetapi boleh melompat alam jarak lebih 10cm.
Hu Gansheng, 56, berkata, katak kecil itu adalah begitu kecil dan ia hanya boleh dilihat dengan jelas melalui kanta pembesar.

"Jenis katak baru ini adalah sangat kecil, tetapi sangat aktif. Mereka suka bersukan," jelas beliau.  Hu berkata katak kecil adalah baka kacukan antara beberapa jenis katak tempatan.
"Tahun lepas, saya pergi ke pinggir bandar dan menangkap beberapa jenis katak, dan saya mencuba bersungguh-sungguh melakukan percubaan kacukan untuk mendapatkan jenis katak yang baru," katanya. Hu kini merancang untuk menternak dan memasarkan katak mini sebagai haiwan peliharaan kesayangan yang baru.

Monday, August 1, 2011

Pasangan Termuda 29 Tahun Menjadi Datuk & Nenek

 Happy family: Jordan, bottom left, with Tia and Gracie, and proud grandparents Shem and Kelly
Seorang lelaki yang menganggur, Sem Davies, 29 dan bekas teman wanitanya John Kelly, 30, telah menjadi datuk dan nenek termuda di Britain selepas anak perempuannya yang berusia 14 tahun melahirkan anak. Anak perempuan mereka, Tia yang dilahirkan ketika mereka berumur 15 tahun melahirkan anak perempuan baru-baru ini. Teman lelaki Tia, Jordan Williams berumur 15 tahun.