Subscribe Us

Sepakan Penalti Terbaik Di Dunia...Lain Dari Yang Lain Hit Di You Tube

Apabila pemain bola sepak antarabangsa Theyab Awana telah diberikan sepakan penalti dalam perlawanan persahabatan pada hujung minggu, telah menjadi topik cerita paling hangat di dunia. Hal ini kerana sepakan penalti yang dilakukan tidak seperti biasa  oleh mana-mana pemain di dunia.
Pada mulanya dia berlari ke arah bola kemudian tidak semena-mena dia memusingkan badannya lalu menendang menggunakan tumit belakangnya. Tindakan yang tidak dijangka oleh penjaga gol itu menyebabkan bola dengan mudah masuk ke gawang gol. Menakjubkan! Pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menewaskan Lubnan 6-2 di Abu Dhabi pada hari Ahad yang lalu. Tendangan pelik Awana menjadikan UAE menang 7-2. [Lihat video]

Tatkala telatah beliau mungkin memberi kegembiraan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia yang disiarkan melalui video di YouTube, dia sebenarnya telah dihadiahkan kad kuning dan orang lain yang terutamanya tidak berpuas hati ialah pengurus pasukan.

Jurulatih UAE, Srecko Katanec begitu marah dengan tindakan pelik Awana. Katanec berkata: “Penalti ini, saya tidak suka. Kita mesti menghormati pemain dari pasukan lain. Pada masa depan, anda tidak tahu sama ada anda akan diberikan peluang lagi.”
Jurulatih Lubnan Emile Rustom berkata: 'Saya tidak berasa ia adalah satu penghinaan. Ini adalah keputusan peribadi pemain itu dan ia tiada kena mengena dengan cara UAE bermain bola sepak.[metro.co.uk]

Catat Ulasan

7 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
boleh ke tendang belakang seperti itu.
pelik pelik .

btw. nice. kuat kaki.
GR berkata…
macam ni pun boleh juga? haha
Unknown berkata…
adei..malu nyer jadi gk klu gnie
soutulmujahid.com berkata…
totti pernah wat gak mcm ni. tp masa training je. berani gila mamat ni. kalau x gol, mau kena bambu. haha~
apek poyo berkata…
wahahaha..yg bangang tu keeper..bola slow takkan tak bole tangkap..
apek poyo berkata…
wahahaha..yg bangang tu keeper..bola slow takkan tak bole tangkap..
wsc biolo berkata…
biasa aja grogi nendangnya