Thursday, July 21, 2011

Populasi Dunia Mencecah 7 Bilion Pada Akhir Oktober Dengan Lima Kelahiran Setiap Saat

Perangkaan jumlah penduduk dunia sedikit lebih sedekad yang lalu,ialah 6 billon. Menjelang akhir Oktober tahun ini, jumlah penduduk dunia akan mencapai 7 bilion. Dengan kadar lima orang bayi dilahirkan pada setiap saat, jumlah kelahiran baru di seluruh dunia ialah kira-kira 8 juta setiap tahun.
Jika penduduk dunia pada 1800 adalah tidak lebih daripada 1 bilion, pada tahun 1960 pula berjumlah 3 bilion, maka pada tahun 1999 jumlah penduduk dunia ialah 6 bilion.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), jumlah penduduk dunia akan meningkat kepada 8 bilion pada tahun 2025.
Sebahagian besar peningkatan dramatik adalah di negara-negara termiskin di dunia, yang dijangka untuk menggandakan bilangan mereka lebih sepuluh tahun yang akan datang.
Dengan penduduk yang masih berkembang kira-kira 80 juta setiap tahun, dibimbangi hampir satu bilion orang mengalami krisis makanan setiap hari. Sekarang bumi sedang menghadapai masalah kemarau, tanah terhakis, glasier mencair, dan stok ikan lenyap amat menyukarkan penduduk dunia bumi. Menjelang 2050 penduduk dunia akan bertambah kepada kira-kira 9 bilion.[dailymauil.co.uk]

7 comments:

mastura said...

wah.. 5 kelahiran setiap saat.. ramai tuh...

Freaky said...

dasatnya. sangat ramai =_=

Terbelog said...

uuiihh..
cepatnyer... ramai...

Seri Bahasa said...

heran juga ye...yang miskin pulak yang banyak anak...camna nak makan nanti...harap2 jangan jadi mcm somalia sudah lah...

ABU said...

bumi makin sesak..

harrazdani said...

tak dapat bayag 5 kelahiran setiap saat...huh

abah khalisha said...

ramai tu..bertambah ramai manusia semakin byk juga hutan ditebang..setuju?