Tuesday, July 19, 2011

Patung Hidup Dalam Bilik Pameran Mendapat Protes Kesatuan Sekerja

Milan: Orang-ramai yang lalu-lalang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat bilik pameran pakaian musim panas di sebuah pasar raya di Coin department store, Milan, Itali. Pasar raya ini sedang mempromosikan pakaian musim panas tetapi bukan menggunakan patung, sebaliknya mereka menggunakan sepasang model berpakaian bikini dan seluar pendek musim panas di dalam bilik pameran berkaca dan berlatar pantai buatan.
Patung hidup,” itulah yang dikatakan oleh para pengunjung yang lalu- lalang di hadapan pasar raya tersebut.
Tindakan pemilik pasar raya itu mendapat protes dan kritikan daripada Kesatuan Sekerja 'Itali Filcams CGIL' dan menyatakan bantahan mereka akan hal tersebut. Menurut kesatuan, para pekerja seharusnya dilindungi bukan dieksploitasi tubuhnya.
"Patung versi manusia ini adalah hanya strategi bisnis yang tidak berbahaya. Kami telah memberikan mereka pekerjaan dan kita membayar gaji mereka. Mereka lebih suka untuk bekerja dan bukannya bergelandangan di jalanan “, kata pemilik pasar raya tersebut.

Namun di sebalik bantahan daripada kesatuan, ia mendapat respon yang baik daripada para pengguna jalan yang tertarik akan penjualan produk pakaian musim panas yang menggunakan model itu.
Matteo Cuppeli 19 tahun, seorang model yang menjadi 'patung hidup' itu menceritakan perasaanya pada sebuah media. "Saya tidak melihat ada skandal di sebalik semua itu. Kami hanya melakukan tugas sebagai cara untuk mengiklankan produk pakaian mereka."
Models pose as mannequins in protest in a COIN department store window in downtown Milan, Italy on July 18, 2011. The sign reads, "Modelling is also a job."[canada.com]

2 comments:

Ringgo said...

ha ok juga kat depa tu..
kalau kat sini tinggal baju dalam ja ..
model pompuan lepas dlm longkang ..

Freaky said...

uik model hidup kat shoping komplek ?