Saturday, July 9, 2011

Lakukan Sterilisasi [Pemandulan] Dan Anda Akan Memenangi Sebuah Kereta

Jhunjhunu, Rajasthan- Poster-poster yang disebarkan di kampung-kampung berbunyi : "Keluarga Kecil Keluarga Yang Bahagia." " Famili anda boleh dimuatkan ke dalam kereta baru dengan steril."
Dalam usaha menangani masalah pertumbuhan penduduk India yang berleluasa  hampir tidak terkawal, salah satu daerah di kawasan luar bandar Rajasthan menawarkan hadiah, termasuk kereta baru, untuk wanita yang mahu menjalani sterilisasi [pemandulan] di klinik kerajaan.
Poster menjelaskan: Setiap wanita yang menyertai program 'steril' dalam tiga bulan akan datang berpeluang untuk memenangi hadiah sebuah kereta Nano Tata - $3000 atau salah satu daripada beberapa buah motosikal, TV atau pengisar makanan. Ia tidak canggih, tetapi ia berfaedah buat mereka.
Namun India tidak kekurangan pemikir kreatif selain kaedah steril, ada taktik lain. Menteri Kesihatan dan Kebajikan Keluarga, Ghulam Nabi Azad, berkata bekalan elektrik yang stabil kepada puluhan ribu kampung-kampung luar bandar India dengan sendirinya akan mengawal kadar kelahiran sebahagian besarnya.

"Jika ada bekalan elektrik di setiap kampung, maka orang ramai akan menonton TV sehingga lewat malam dan kemudian tidur. Mereka tidak akan mendapatkan peluang untuk menghasilkan anak," kata menteri itu.
"Apabila tiada bekalan elektrik, tidak ada apa-apa lagi untuk dilakukan, minda mereka hanya terfikir untuk melahirkan bayi saja."  Memang genius pak menteri ni :) 
[watoday.com.au]

6 comments:

ABU said...

oh macam2..

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

ish-ish macam-macamlah dorang ni

SCLover said...

:-)

ASaDa RyutaRo said...

dahsyat orang india..

Ringgo said...

ohhh pandai pak menteri tu ..

Nur Hawa Mohd Zin said...

kereta atau harta kekayaan tak sama dengan harta yang Allah beri iaitu anak