Subscribe Us

Kurma Simanis Yang Berkhasiat

Salam Ramadan & Selamat berpuasa...Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan baik yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pohon kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.  Selain rasanya yang manis semulajadi, buah ini juga memiliki kandungan protein serta serat tinggi.


Kurma memiliki daftar panjang kandungan nutrien yang bermanfaat bagi tubuh. Kurma matang mengandungi gula sekitar 80 peratus, selebihnya terdiri daripada protein, lemak dan bahan mineral termasuk tembaga, besi, magnesium dan asid folat.  Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik. Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandungi sekitar 115 kalori, hampir semuanya dari karbohidrat.

Menurut pakar penyakit darah tinggi dari Minnesota University, Dr. Louis Tobian Jr, kurma dapat menurunkan tekanan darah serta boleh memberi kekuatan tambahan untuk mencegah stroke secara langsung mengawal tekanan darah seseorang.

Khasiat lainnya, kurma mengandungi pelbagai vitamin penting, seperti vitamin A dan riboflavin dalam jumlah yang cukup, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang banyak. Selain itu, buah ini juga mengandungi zat besi, vitamin B1, serta asam nikotinat yang berfungsi membantu melepaskan energi dan menjaga kulit serta saraf agar tetap sihat.

Beberapa khasiat kurma lainnya seperti menjaga kesihatan jantung dan menyembuhkan batuk apabila dimakan dalam bentuk jus kerana zat gula yang terkandung di dalamnya mampu menghilangkan gatal-gatal pada tenggorok sekaligus menghentikan batuk. [suaramerdeka.com]

Post a Comment

2 Comments

Seri Bahasa said…
setiap kali puasa memang tak pernah miss beli buah kurma...tapi best lagi kalau boleh tanam sepokok dua kat rumah...
amna said…
stok kurma dah sedia utk bulan ramadhan :) alhamdulillah.. thanks for sharing info ^^