Friday, July 22, 2011

Kapal Pesiaran US3 Bilion Daripada Emas Milik Jutawan Dari Malaysia

 
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia telah menempah dan memiliki sebuah kapal pesiaran supermewah di dunia. Kapal berharga US$ 3 bilion itu diperbuat daripada emas solid dan platinum!
Bukan itu saja, dinding kapal ruang utama menggunakan bahan terpilih yang amat sukar dicari di muka bumi, iaitu tulang dinosaurus T-Rex dan batu meteor. Bahkan kapal milik jutawan yang identitinya dirahsiakan itu juga memiliki sauh daripada emas padu.
Kapal 100 kaki panjang yang dinamakan 'History Supreme' itu memerlukan masa selama tiga tahun untuk disiapkan oleh pembuat perhiasan dari Liverpool,  Stuart Hughes. "Projek ini menggunakan 100 ribu kilogram emas dan platinum dan semua bahan di kapal pesiaran ini, termasuk dek dan ruang makan diperbuat daripada logam emas," ungkapnya.
Ia menambahkan, projek pembuatan kapal pesiaran emas adalah pekerjaan paling sukar dalam kariernya. Pembinaannya memerlukan waktu tiga tahun untuk merancang termasuk izin pembuatan dengan menggunakan bahan teristimewa.[sumber :stuarthughes.com]

12 comments:

SCLover said...

siapakah gerangan empunya nya??

nyanyisunyi said...

kaya raya org Malaysia ni kan...

Nur Ardilla Najwa said...

kaya...

thomas said...

kaya sampai tak tau mana nak letak duit.

Khairil said...

agak2 siapa le yang dimaksudkan itu...

Brilliant Marjan said...

siapakah gerangan pemilik kapal ini?

memang eksklusif..

zmah said...

Memang kaya rakyat Malaysia.

Ringgo said...

rakyat malaysia .. kaya sampai tak tau nak buat apa dgn duit .. tapi ada yg miskin hingga tak cukup nak makan utk hari ni ..

Miss Y and Her World said...

perghhh. emas? tulang T-Rex? orang kaya mana pemilik kapal ni? cer citer cer citer.

Lelaki Memang Tak Akan Faham Perempuan
Antara Keinginan Dan Yang Dah Tertulis

Seri Bahasa said...

ingat2 lah pada yang susah...bila mati semua tu hanya tinggal kenangan...silap2 nnt rumah pun dari emas...

Sha said...

pergh! org der duit..nk ape jer dpt..membazir lk 2 dgn bli bende gini, bek la p derma kan bgus..heh

perondajaketbiru74 said...

dah tau sape tuan punya ni hehe raja gula...