Saturday, July 16, 2011

Kaji Selidik: Lelaki Sejati [Bujang] Kenakan Seluar Dalam Beberapa Kali Sebelum Dicuci ... Betulke Bang :)

Ottawa: Kaum lelaki bujang biasanya  tampil dengan pakaian yang rapi dan bersih untuk menarik perhatian wanita. Namun ternyata kaum lelaki cenderung jarang mengganti pakaian, termasuk pakaian dalam mereka.
Kaji selidik yang dilakukan oleh Clorox mendapati hampir 50 peratus lelaki tidak menjadi masalah untuk memakai pakaian yang sama hingga beberapa kali, termasuk seluar dalam, sebelum pakaian tersebut dicuci.

Ini bukan bererti lelaki tidak suka dengan pakaian bersih. Mereka hanya membersihkan pakaian jika sudah terasa lekit.
Dalam kaji selidik yang melibatkan 1200 lelaki  melalui interview telefon, mendapati bahawa hampir 50 peratus  mencuci pakaian mereka dengan menghidu atau mencium terlebih dahulu untuk mengetahui apakah pakaian itu perlu dicuci. [Ish ish.. dahsyat lelaki ni..cakap jela malas nak membasuhnya :)]

Rata-rata lelaki bujang mengenakan seluar jeans hingga lima kali sebelum dicuci. Pakaian dalam (underwear) pula dipakai dua kali  malah 12% mengatakan sering memakainya hingga  untuk ketiga kalinya.
Menurut peneliti Clorox Mary Gagliardi, seseorang mungkin berfikir lelaki segak dengan penampilan yang  mengesankan di depan gadis mengenakan pakaian yang bersih sehingga mereka dapat menjalin hubungan yang berkomitmen. Namun kenyataannya berbeza.
Lelaki yang sedang menjalin hubungan lebih cenderung  mengenakan pakaian bersih meskipun kenyataannya siapakah yang mencuci pakaian mereka masih dalam perdebatan.

Dalam kaji selidik seterusnya juga mendapati, hampir 41 peratus kaum lelaki mengatakan dalam temu ramah secara rambang  mendapati bahawa mereka berkongsi tugas dalam mencuci pakaian dengan pasangan mereka tetapi ketika perempuan ditanya dengan perkara yang sama, hanya 29 peratus wanita yang melaporkan pasangan mereka membantu mereka mencuci pakaian.(Canada.com/MEL)

11 comments:

NURUL AINI NORAZMAN said...

adooii,. ckp je la kan malas,.sbb dalam org xnampk,.hahahha

KeTaM_BaTu said...

erk... kalau pakai seminggu tak basuh xde kurap ke? teman idak le nak buat macam tu.

wan_cikgumuzik said...

kih kih kih... good info..!!

Anonymous said...

Nasib baik aku dah kawin...hihihi

Muhammad Burn said...

haha. lwk...

KumbangDesa said...

hahaha..KD x termasuk ok..tp KD penah jumpe org mcm ni

ozzy said...

kaji selidik tu bukan kat malaysia atau lelaki melayu kan hehe..

Tasha said...

selekeh la =.=

sabree hussin said...

ish2.. nasib baik la tak termasuk dalam kategori pakai pakaian yang sama berulang kali tanpa basuh

Shah URL said...

ahaksss !! panas! haha

Bytheway seluar dalam tu -> melampau juga. ramai yang basuh kot.

Bytheway selaur jeans tu mmg fakta dan kebanyakan sejak saya kenal kwn2. hampir sume pakai suar jeans, then slalunya dalam purata [ 2 hari pakai then basuh ] , xde la sampai 5x muahaha.

aima said...

ada kawan lelaki tu kan, 3 tahun xbasuh jeans dia, duk ulang pkai 4 - 5 kali semggu...huhu....lagi busuk lagi best katanya.....