Sunday, July 31, 2011

Info Kesihatan: Pemakaian Bra Terlalu Ketat Meningkatkan Risiko Kanser Payudara

Massachusetts: Bra adalah barang terpenting bagi Kaum Hawa untuk menjaga keindahan payudara. Ukuran bra pun harus disesuaikan dengan bentuk tubuh dan payudara. Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Universiti Harvard, Amerika Syarikat, menggunakan bra terlalu ketat boleh mengganggu kesihatan dan ia menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara.

Pemakaian bra yang terlalu ketat akan menghambat sirkulasi darah dan merosak jaringan payudara di mana aliran oksigen dan nutrisi ke sel-sel payudara terhambat sehingga racun terjebak di dalamnya. Para peneliti memperingatkan risiko tinggi kanser payudara terjadi pada wanita yang menggunakan bra terlalu ketat selama 12 jam, terutama mereka yang tidur memakai bra.

Erti Kasih & Persahabatan Tanpa Sempadan

Dua ekor haiwan berlainan spesis di Zoo Samut Prakan Crocodile Farm di pinggir Bangkok, Thailand, kelihatan benar-benar selesa dan kedua-duanya berkawan baik. Seekor cimpanzi berusia dua tahun yang dipanggil Do Do memberi minum susu kepada Aorn, anak harimau yang baru berusia dua bulan.
Do DO memakai sepasang seluar denim pendek , mungkin untuk melindungi paha daripada kuku Aorn. Lihat telatah menarik dua sahabat baik dalam video ini. [dailymail.co.uk]

Saturday, July 30, 2011

Mengapa Jadi Begini....Pengikut Naqsabandiyah Berpuasa Hari Ini

Padang: Ribuan pengikut tarekat Naqsabandiyah di Padang, Sumatra Barat, telah  mula berpuasa satu Ramadan pada Sabtu (30/7). Semalam mereka sudah mengerjakan solat Tarawih berjamaah sebanyak 23 rakaat.  Selain bertarawaih, mereka juga melakukan tradisi mandi berlimau. Mandi ini diyakini dapat mensucikan diri.
Puasa hari ini dilakukan pengikut Naqsabandiyah berdasarkan hisab munjid yang dipercayai . Setiap tahun mereka memang selalu memulakan ibadah puasa lebih awal dari ketetapan pemerintah. Begitu juga dengan Aidilfitri Fitri, mereka kerap merayakan lebih dahulu dari yang lain.
[Liputan6.com]

Kurma Simanis Yang Berkhasiat

Salam Ramadan & Selamat berpuasa...Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan baik yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pohon kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis.  Selain rasanya yang manis semulajadi, buah ini juga memiliki kandungan protein serta serat tinggi.


Kurma memiliki daftar panjang kandungan nutrien yang bermanfaat bagi tubuh. Kurma matang mengandungi gula sekitar 80 peratus, selebihnya terdiri daripada protein, lemak dan bahan mineral termasuk tembaga, besi, magnesium dan asid folat.  Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik. Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandungi sekitar 115 kalori, hampir semuanya dari karbohidrat.

Thursday, July 28, 2011

Medal Olimpik 2012 London

Kilaun emas, perak dan gangsa, yang mengandungi imej Nike dan dewi kemenangan Yunani, pingat olimpik 2012 dengan berat 400g dan berdiameter 85mm, 1/3 lebih besar daripada pingat olimpik Beijing, reka bentuk oleh artist British, David Watkins, telah dilancarkan semalam sebagai bermulanya kiraan 'countdown' 365 hari sebelum tibanya kejohanan olimpik 2012, di London.

Tuesday, July 26, 2011

Kaum Nabi Luth Akhir Zaman Bersorak Gembira

Tarikh 24 Julai menjadi hari pertama perkahwinan undang-undang untuk pasangan seks sama jantina di Negeri New York. Kini NY merupakan negeri ketujuh di AS yang menyertai Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont dan Washington DC pada senarai tempat di mana pengamal perkahwinan sejenis gay dan lesbian boleh mendaftar perkahwinan mereka mengikut undang-undang perkahwinan.
Sebulan yang lalu, Dewan Senat NY mengundi meluluskan rang undang- undang keluarga yang membenarkan perkahwinan sejenis dengan majoriti 4 undian. Undang-undang yang berkuat kuasa pada 24 Julai telah ditandatangani oleh Gabenor.

Monday, July 25, 2011

Warga Jepun Miliki Jantung Sihat dengan Rumput Laut

Dublin: Jepun terkenal dengan warganya yang gemar bekerja keras dan memiliki stamina kuat. Apa rahsianya? Lihatlah menu makanan warga Jepun yang selalu dihiasi dengan makanan hijau rumpai laut. Si hijau yang lembut ini terbukti dapat melindungi jantung. Demikian hasil penelitian yang dilakukan oleh para pakar di Pusat Penyelidikan Makanan Teagasc, Dublin, Ireland, baru-baru ini.

Rumpai laut dapat membantu menstabilkan tekanan darah sehebat ubat yang biasa digunakan untuk menurunkan tekanan darah. Ia juga dapat mencegah serangan jantung dan juga stroke. Kandungan protein tinggi yang dikenali dengan sebutan peptida bioaktif adalah kuncinya. Kandungan protein tersebut setara dengan jumlah protein yang terkandung dalam susu. [Jurnal Agricultural and Food Chemistry.] (Dailymail)

Sunday, July 24, 2011

Inovatif: Gelongsor Untuk Pengguna Yang Mengejar Waktu

Utrecht: Menuruni anak tangga satu demi satu memang mengambil mada agak lama terutama ketika kita hendak cepat kerana kesuntukan waktu. Justeru, pengurus stesen kereta api Utrecht, Belanda, telah membangunkan gelongsor bersebelahan tangga bagi mereka yang tidak memiliki waktu untuk menuruni anak tangga.
Gelongsor hasil rancangan HIK Ontwerpers ini tentu saja disambut gembira oleh para penumpang kereta api yang kerap gusar kerana terpaksa menghabiskan masa berjalan menuruni anak tangga. Beberapa penumpang kelihatan tersenyum ketika mencuba gelongsor yang disediakan. Perancangnya mengatakan gelongsor ini tidak hanya dapat menjimatkan waktu malah ia juga dapat mengubah segera 'mood' penggunanya. Mereka berasa lebih riang dan seronok.[metro.uk.co]

Saturday, July 23, 2011

Penculik Gadis Remaja Dihukum Ikat Alat Sulit Dengan Batu Bata & Diarak

Dhaka: Seorang lelaki di Bangladesh dijatuhi hukuman unik kerana telah menculik seorang gadis remaja berusia 12 tahun dan memaksa berkahwin dengannya. Ketua pengadilan desa tempat kejadian itu memutuskan menjatuhkan hukuman alat sulit [penis] lelaki berusia 30 tahun itu diikat dengan seketul batu bata dan diarak dalam keadaan bertelanjang bulat.
Pesalah itu diarak dalam keadaan bertelanjang bulat, alat sulit diikat dengan bata serta diawasi oleh 200 orang penduduk setempat sepanjang perjalanan pulang ke kampung asalnya yang terletak 30 kilometer dari pusat Kota Dhaka. Di Bangladesh, ketua desa berhak untuk menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang terdakwa berdasarkan peraturan kejahatan yang terjadi di wilayahnya.
Pihak polis sedang menyiasat insiden itu kerana biasanya mereka dilarang untuk memberi hukuman mengikut peraturan sendiri. [Digital Spy]

Friday, July 22, 2011

Kapal Pesiaran US3 Bilion Daripada Emas Milik Jutawan Dari Malaysia

 
Seorang ahli perniagaan dari Malaysia telah menempah dan memiliki sebuah kapal pesiaran supermewah di dunia. Kapal berharga US$ 3 bilion itu diperbuat daripada emas solid dan platinum!
Bukan itu saja, dinding kapal ruang utama menggunakan bahan terpilih yang amat sukar dicari di muka bumi, iaitu tulang dinosaurus T-Rex dan batu meteor. Bahkan kapal milik jutawan yang identitinya dirahsiakan itu juga memiliki sauh daripada emas padu.

Thursday, July 21, 2011

Populasi Dunia Mencecah 7 Bilion Pada Akhir Oktober Dengan Lima Kelahiran Setiap Saat

Perangkaan jumlah penduduk dunia sedikit lebih sedekad yang lalu,ialah 6 billon. Menjelang akhir Oktober tahun ini, jumlah penduduk dunia akan mencapai 7 bilion. Dengan kadar lima orang bayi dilahirkan pada setiap saat, jumlah kelahiran baru di seluruh dunia ialah kira-kira 8 juta setiap tahun.
Jika penduduk dunia pada 1800 adalah tidak lebih daripada 1 bilion, pada tahun 1960 pula berjumlah 3 bilion, maka pada tahun 1999 jumlah penduduk dunia ialah 6 bilion.

Wednesday, July 20, 2011

Harimau Bintang Sesat Membaham 6 Penduduk Kampung

Enam orang telah dibaham oleh seekor harimau bintang dari sebuah taman negara berhampiran yang tersesat masuk ke kawasan kampung pedalaman di India sebelum ia berjaya ditangkap oleh pegawai-pegawai jabatan perhutanan. Lihat foto yang tragis ini...

Sepakan Penalti Terbaik Di Dunia...Lain Dari Yang Lain Hit Di You Tube

Apabila pemain bola sepak antarabangsa Theyab Awana telah diberikan sepakan penalti dalam perlawanan persahabatan pada hujung minggu, telah menjadi topik cerita paling hangat di dunia. Hal ini kerana sepakan penalti yang dilakukan tidak seperti biasa  oleh mana-mana pemain di dunia.
Pada mulanya dia berlari ke arah bola kemudian tidak semena-mena dia memusingkan badannya lalu menendang menggunakan tumit belakangnya. Tindakan yang tidak dijangka oleh penjaga gol itu menyebabkan bola dengan mudah masuk ke gawang gol. Menakjubkan! Pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menewaskan Lubnan 6-2 di Abu Dhabi pada hari Ahad yang lalu. Tendangan pelik Awana menjadikan UAE menang 7-2. [Lihat video]

Tuesday, July 19, 2011

Patung Hidup Dalam Bilik Pameran Mendapat Protes Kesatuan Sekerja

Milan: Orang-ramai yang lalu-lalang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melihat bilik pameran pakaian musim panas di sebuah pasar raya di Coin department store, Milan, Itali. Pasar raya ini sedang mempromosikan pakaian musim panas tetapi bukan menggunakan patung, sebaliknya mereka menggunakan sepasang model berpakaian bikini dan seluar pendek musim panas di dalam bilik pameran berkaca dan berlatar pantai buatan.
Patung hidup,” itulah yang dikatakan oleh para pengunjung yang lalu- lalang di hadapan pasar raya tersebut.
Tindakan pemilik pasar raya itu mendapat protes dan kritikan daripada Kesatuan Sekerja 'Itali Filcams CGIL' dan menyatakan bantahan mereka akan hal tersebut. Menurut kesatuan, para pekerja seharusnya dilindungi bukan dieksploitasi tubuhnya.

Pemeriksaan Terlalu Ketat, Seorang Penumpang Bertindak Meraba Payudara Pegawai Sekuriti Lapangan Terbang

PHOENIX - Seorang wanita Colorado yang didakwa meraba ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan wanita di lapangan terbang antarabangsa Phoenix menghadapi tuduhan feloni gangguan seksual. Yukari Mihamae yang berusia 61 tahun dituduh meramas dan meraba payudara kiri agen TSA di pusat pemeriksaan lapangan terbang.
Kakitangan TSA mengatakan Mihamae enggan untuk menjalani pemeriksaan penumpang dan berlaku pertengkaran sebelum dia dihimpit dan memicit payudara ejen dengan kedua-dua belah tangannya.

Sunday, July 17, 2011

Ahli Kelab Penyokong Liverpool Desak Pemuda Berbaju Jersi MU Tertera Nama Rooney Supaya Membukanya

Seorang penonton yang memakai  jersi no 10  pemain Manchester United tertera nama Rooney terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong kelab Liverpool sendirian semasa dalam sesi latihan pasukan tersebut di Stadium Bukit Jalil. Ahli-ahli kelab Liverpool menjerit-jerit mendesaknya supaya membuka baju yang dipakainya. Pada mulanya dia enggan.
Penyokong-penyokong kelab Liverpool mula bersorak dan menjerit meminta pemuda berjersi pasukan MU itu supaya membukanya. [ Bagaimana 'endingnya'? Nak tahu lihat foto seterusny dan video di bawah...]

Saturday, July 16, 2011

Selipar 3G? Syarikat Mudah Alih Beralih Kepada Idea-Idea Pelik Untuk Meyakinkan Pengguna Berbelanja Lebih

Syarikat-syarikat telefon bimbit kini beralih kepada idea-idea pelik untuk memujuk pelanggan untuk membelanjakan wang dengan produk-produk keluaran rangkaian mereka termasuk selipar 3G.
Para Jurutera syarikat berkenaan sedang membangunkan selipar yang selesa dengan kemudahan cip pengesan memberitahu keluarga terdekat lokasi anak-anak mereka apabila menghadapi kesulitan atau kemalangan.  Ibu bapa atau keluarga boleh mengesan mereka dengan mudah dan datang untuk membantu mereka.
Penyelidik juga mereka cipta lampin wayarles yang menghantar mesej teks kepada ibu bapa mereka apabila bayi mereka memerlukan perhatian.

Telefon Bimbit Punca Tumor Otak Tahap Berbahaya

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa, WHO (IARC) mengumumkan bahawa telefon bimbit adalah penyebab barah yang berpotensi. Pengguna aktif telefon bimbit berisiko meningkatkan tumor otak berbahaya, glioma, sebanyak 40%.
Pengguna aktif yang dimaksudkan ialah pengguna secara purata menggunakan tekefon bimbit kira-kira 30 minit sehari selama 10 tahun.
Sebelum mengumumkan telefon bimbit sebagai penyebab yang berpotensi, kumpulan kerja IARC telah mengkaji semula beratus-ratus penerbitan saintifik mengenai topik ini. Menurut ketua penyelidik, Jonathan Samet (USA), mereka terus mengumpul maklumat, dan telah mendapat data yang mencukupi untuk kesimpulan yang  telah dibuat.

Jonathan Samet berkata, "Ia adalah sangat mudah untuk mengurangkan risiko kepada hampir sifar - jauhkan telefon dari kepala anda semasa panggilan telefon dengan menggunakan alat pendengar atau menggunakan SMS."

Kaji Selidik: Lelaki Sejati [Bujang] Kenakan Seluar Dalam Beberapa Kali Sebelum Dicuci ... Betulke Bang :)

Ottawa: Kaum lelaki bujang biasanya  tampil dengan pakaian yang rapi dan bersih untuk menarik perhatian wanita. Namun ternyata kaum lelaki cenderung jarang mengganti pakaian, termasuk pakaian dalam mereka.
Kaji selidik yang dilakukan oleh Clorox mendapati hampir 50 peratus lelaki tidak menjadi masalah untuk memakai pakaian yang sama hingga beberapa kali, termasuk seluar dalam, sebelum pakaian tersebut dicuci.

Ini bukan bererti lelaki tidak suka dengan pakaian bersih. Mereka hanya membersihkan pakaian jika sudah terasa lekit.
Dalam kaji selidik yang melibatkan 1200 lelaki  melalui interview telefon, mendapati bahawa hampir 50 peratus  mencuci pakaian mereka dengan menghidu atau mencium terlebih dahulu untuk mengetahui apakah pakaian itu perlu dicuci. [Ish ish.. dahsyat lelaki ni..cakap jela malas nak membasuhnya :)]

Rata-rata lelaki bujang mengenakan seluar jeans hingga lima kali sebelum dicuci. Pakaian dalam (underwear) pula dipakai dua kali  malah 12% mengatakan sering memakainya hingga  untuk ketiga kalinya.

Friday, July 15, 2011

Lelaki Tanpa Pakaian Jadi Sasaran Lembu Jantan

Pesta tujuh hari berlari bersama lembu jantan ganas menjadi tarikan ratusan ribu pelancong di San Fermin Pamplona, Sepanyol.  Antara ribuan peserta yang mengambil bahagian lengkap memakai baju tradisional putih dan skaf leher berwarna merah, tiba-tiba muncul seorang daripadanya tanpa berpakaian dan dia yang menjadi sasaran lembu jantan. Lihat video lucu ini...
















Wednesday, July 13, 2011

Lelaki Minum Gasolin Selama 42 tahun

Gasolin adalah bahan bakar kenderaan di seluruh dunia, tetapi  seorang lelaki Cina telah minum cecair melekit ini [gasolin] selama 42 tahun di bawah ilusi bahawa ia boleh melegakan kesakitan fizikal.
Chen Dejun, 71, tinggal sendirian di pondok beratap jerami lusuh di atas bukit di Shuijiang,  Nanchuan di barat daya China. Beliau minum 3 hingga 3.5 kilogram petrol setiap bulan, yang di beli dari stesen di kaki bukit berhampiran tempat tinggalnya.
Chen dikenali penduduk  tempatan sebagai pemahat batu dan menganyam buluh tetapi dia juga dikenali kerana ketagihannya minum gasolin.
Chen Dejun mengamalkan tabiat peliknya bermula pada tahun 1969 apabila dia tiba-tiba mula batuk dan merasakan sakit di dadanya. Melihat tidak ada apa-apa perubahan selepas mencuba makan beberapa jenis ubat, dia telah mengambil ubat tradisional minum minyak tanah. Rupa-rupanya dia menjadi ketagih minum minyak tanah. Kemudian dia beralih minum petrol pula.

Tuesday, July 12, 2011

Pemain Bola Sepak Wanita Sweden 'WWC' Bertukar Baju Terhangat di You Tube

Sebuah video menunjukkan seorang pemain bola sepak wanita pasukan Sweden di kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Wanita bertukar-tukar baju dengan seorang peminat lelaki telah menjadi tontonan paling hangat di YouTube sehingga mencecah 2 juta penonton dalam masa singkat.
Selepas Sweden menang 1-0 ke atas Korea Utara,  Miss Oqvist, 27 tahun, bekas model, berbual dengan seorang peminat lelaki yang memakai jersi pasukan Jerman lalu menanggalkan bajunya dan menawarkan pertukaran jersi.

Monday, July 11, 2011

Lelaki Berjalan Kaki 1 000 Batu Untuk Memenangi Hati Kekasih

Seorang wanita di Cina mendapat lebih daripada apa yang di tawarkan apabila beliau secara berseloroh memberitahu teman lelakinya dia hanya akan berkahwin dengannya jika dia sanggup berjalan kaki sejauh 1 000 batu.  Ling hsueh, 23, membuat cabaran yang merujuk kepada sebuah lagu duo Scottish '500 miles' kepada teman lelakinya, Liu Peiwen, 29 tahun.
Namun sebelum Ling sempat memberitahu Liu bahawa dia hanya bergurau sahaja, dia telah pun membeli beg sandang dan bertolak dari wilayah Henan memulakan perjalanannya.

Sunday, July 10, 2011

Pusat Manusia Sarang Ribuan Bakteria

New York: Kajian yang telah dijalankan oleh sepasukan penyelidik dari Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat, baru-baru ini menunjukkan pusat manusia adalah sarang bagi ribuan jenis bakteria. Para penyelidik menemui ada lebih dari 1.400 jenis bakteria daripada 95 sampel yang diambil daripada pusat manusia.

Yang lebih aneh lagi, sepertiga dari jumlah bakteria tersebut tidak dapat diklasifikasikan atau belum jelas jenisnya. Salah satunya adalah Georgina. Bakteria ini biasanya hanya tinggal di tanah dan hanya ditemui di Jepun. "Ini benar-benar informasi baru bagi ilmu pengetahuan," kata ketua penyelidikan, Jiri Hulcr.

Saturday, July 9, 2011

800 Peserta Sukarela Bogel Beraksi Perang Bantal

Peserta sukarela berbogel bertempur dengan bantal dalam sesi rakaman hasil karya seni foto kononnya. Mereka berposing bogel di bawah arahan dan karya artis USA Spencer Tunick di hadapan Istana Gaasbeeks. Kira-kira 800 peserta sukarela berposing pada awal pagi, 9 Julai 2011 untuk rakaman foto bertajuk  "Sleeping Beauties". [Photo/Agencies]

Lakukan Sterilisasi [Pemandulan] Dan Anda Akan Memenangi Sebuah Kereta

Jhunjhunu, Rajasthan- Poster-poster yang disebarkan di kampung-kampung berbunyi : "Keluarga Kecil Keluarga Yang Bahagia." " Famili anda boleh dimuatkan ke dalam kereta baru dengan steril."
Dalam usaha menangani masalah pertumbuhan penduduk India yang berleluasa  hampir tidak terkawal, salah satu daerah di kawasan luar bandar Rajasthan menawarkan hadiah, termasuk kereta baru, untuk wanita yang mahu menjalani sterilisasi [pemandulan] di klinik kerajaan.
Poster menjelaskan: Setiap wanita yang menyertai program 'steril' dalam tiga bulan akan datang berpeluang untuk memenangi hadiah sebuah kereta Nano Tata - $3000 atau salah satu daripada beberapa buah motosikal, TV atau pengisar makanan. Ia tidak canggih, tetapi ia berfaedah buat mereka.

10 Juta Terperangkap Dalam Cengkaman Kemarau Paling Teruk di Afrika

Lebih 10 juta orang yang terperangkap dalam cengkaman kemarau paling teruk di Afrika Timur meninggalkan rumah dan kampung halaman menuju ke kem-kem bantuan kemanusiann sejak beberapa dekad.

Friday, July 8, 2011

Remaja 12 Tahun Mengambil Nyawanya Sendiri Untuk Menjadi Penderma Organ Bapa dan Abangnya

Seorang gadis berusia 12 tahun membunuh dirinya dengan minum thiodan racun perosak supaya dia boleh menjadi penderma organ kepada bapa dan abangnya.
Pengorbanan Mumpy Sarkar dari
kampung Jhorpara, Bengal mati dengan sia-sia, kerana niatnya hanya diketahui oleh keluarganya sehari selepas pembakaran tradisional mayatnya di mana ayahnya baru menemui satu nota di atas katilnya.
Nota yang dialamatkan kepada ibunya, gadis itu meminta agar mata dan buah pinggangnya digunakan untuk rawatan bapa dan abangnya.

Perangai Tak Senonoh Berbogel di Depan Khalayak Awam

Lagi perangai gila tidak bertamadun masyarakat barat. Satu kumpulan pelakon teater telah ditahan kerana berkelakuan lucah di tempat awam. Kumpulan pelakon teater jalanan itu telah ditahan oleh sepasukan polis selepas mereka didapati berbogel dikhalayak ramai di sebuah festival muzik di Poznan, Poland. Penonton yang terkejut dengan peristiwa itu segera mendail 999.
Kumpulan tersebut, yang memperkenalkan moto 'Wake Up Your Sensitive Parts” [Bangkitkan Bahagian Sensitif Anda] tidak mengendahkan persembahan pentas yang sedang berlangsung, mereka bertindak menanggalkan pakaian, bertelanjang lalu menuju ke arah penonton yang sedang menunggu band seperti Portishead dan Fleet Foxes untuk membuat persembahan.
Polis mendakwa mereka atas tuduhan melakukan perbuatan-perbuatan yang keji di tempat awam.

Nenek Pemakan Api

Sebagaimana foto menunjukkan gigi hitam kesan arang, Nenek Qian Chu yang berusia 70 tahun adalah seorang pemakan api yang sebenar . Nenek ini mempunyai kemahiran yang luar biasa dan hebat di kalangan masyarakat minoriti Miao tempat beliau tinggal di wilayah Hunan barat, di selatan China. Nenek Qian Chu terkenal kerana boleh menggigit bara api tanpa sebarang kecederaan. Photo: Europic[orangenews]

Thursday, July 7, 2011

Hamburger Terbesar di Dunia

California- Hamburger terbesar di dunia dengan berat 777 pon (352 kilogram) itu mengalahkan hamburger terbesar versi Guinness Book of Records yang beratnya "hanya" 590 pound (267 kilogram).
Selama 15 jam diperlukan untuk memasak dan menyiapkan hamburger tersebut. Ketua projek pembuatan hamburger itu, Brett Enright, mengaku puas dapat merealisasikan impiannya. Beliau mendapatkan idea ketika sedang menikmati cutinya.
Setelah dilakukan pengukuran oleh pihak Guinness Book of Records, hamburger raksasa itu dipotong menjadi beberapa bahagian dan dijual dengan harga 99 sen per potong kepada warga tempatan. Seluruh hasil penjualannya akan disumbangkan kepada pertubuhan badan kebajikan.(Metro/SHA)

Wednesday, July 6, 2011

'Center Point Student Market'

Bangkok-  'Center Point Student Market ' di Thailand diwujudkan khas untuk pelajar-pelajarf mempamer dan menjual barangan mereka sendiri.  Pada setiap hari Jumaat di Central World, seksyen Center Point berubah menjadi pasar sementara dengan pelajar meletakkan beg barangan, daripada hadiah dan permainan kanak-kanak kepada barang-barang fesyen seperti kemeja-T dan beg.
Apa membuatkan 'Center Point Student Market' menjadi tumpuan utama membeli-belah dikatakan harganya yang mesra pelanggan dengan barang-barang unik yang anda tidak akan temui di tempat lain.
Baguskan idea ni... Pusat Pasar Pelajar sangat bagus jika dapat diwujudkan di negara kita.  Dengan adanya ruang atau tempat seperti ini ianya dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar kita menunjukkan kehebatannya dalam menghasilkan idea kreatif & inovatif seterusnya memberi peluang mempamer dan menjual hasil rekaan sendiri seperti pelajar-pelajar di Thailand. Kita berharap suatu hari nanti KPT dapat menyediakan tempat khas untuk pelajar-pelajar tempatan mengembangkan bakat dalam menghasilkan produk dan pengalaman dalam bidang perniagaan.

Tuesday, July 5, 2011

Banduan Cuba Melarikan Diri Dengan Bantuan Teman Wanita Bersembunyi di Dalam Beg


Cubaan berani seorang banduan, Juan Ramirez Tijerina cuba melarikan diri dari penjara di Mexico dengan bantuan teman wanitanya dengan bersembunyi di dalam sebuah beg seolah-olah seperti dalam kisah cerita 'movie' . 
Namun percubaannya untuk menyelinap keluar dari penjara berakhir apabila teman wanitanya, Maria del Mar Arjona, 19 tahun yang sedang menarik beg hitam besar beroda kelihatan gementar. Mereka menggunakan kesempatan meloloskan diri atas pas lawatan suami isteri.
Pengawal penjara memeriksa beg itu dan mendapati banduan Juan Ramirez Tijerina bersembunyi dalam kedudukan seperti bayi dalam kandungan.
Ramirez sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun pada 2007 bagi sabitan kesalahan memiliki senjata haram.  Arjona ditangkap dan sedang dalam siasatan. [dailymail.co.uk]

Langkah Awal Pertolongan Cemas Jika di Patuk Ular Berbisa

Callaghan: Menyapukan salap atau krim yang mengandungi nitrat oksida pada luka gigitan ular adalah pertolongan pertama yang paling berkesan. Demikian hasil  kajian yang telah dilakukan oleh  para penyelidik dari Universitas Newcastle, Callaghan, Australia, baru-baru ini.
Ketika ular menggigit, maka bisa yang disembur daripada taringnya akan masuk ke dalam jaringan dan seterusnya  masuk ke pembuluh darah.  Ketua pengkaji, Dirk van Helden, mengatakan, ubat sapu yang mengandungi nitrat oksida bertindak menghentikan proses tersebut. Salap yang mengandungi nitrat oksida akan meningkatkan harapan untuk hidup  mangsa gigitan ular sehingga 50%.
"Krim mengandung nitrat oksida akan memperlambat racun masuk ke dalam pembuluh darah antara 65 - 96 minit," kata van Helden. "Ini akan menjadi pertolongan pertama yang sangat hebat  bagi penderita gigitan ular."[Zeenews]

Monday, July 4, 2011

Khazanah Perhiasan $22 Bilion Ditemui di Sebuah Kuil

Satu khazanah perhiasan emas dan perak, wang syiling dan batu permata yang dikatakan bernilai berbilion-bilion dolar telah ditemui di sebuah kuil Hindu di selatan India, kata seorang pegawai hari ini. Barangan berharga mempunyai anggaran awal bernilai lebih 500 bilion rupee ($22 bilion), kata Ketua Setiausaha Kerala K. Jayakumar, mengisytiharkan sebagai kuil terkaya di India
Beribu-ribu utas rantai emas, syiling emas dan batu berharga telah disimpan sekurang-kurangnya di lima buah bilik kebal bawah tanah di Kuil Sree Padmanabhaswamy yang terkenal dengan ukiran rumit itu.

Thailand Dapat PM Wanita Pertama

Bangkok: Cantik, cerdik peramah, mempesona, masih muda...dengan kemenangan  Parti Pheu Thai, Yingluck Shinawatra, adik perempuan mantan PM Thaksin Shinawatra, akan dilantik menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Thailand.
Berdasarkan angka rasmi terbaru, parti pembangkang ini meraih sekitar 262 kerusi parlimen  jauh melampaui setengah dari keseluruhan 500 kerusi yang dipertandingkan. Yingluck juga menjelaskan bahwa partinya telah membuat kesepakatan dengan Partai Chartthaipattana untuk membentuk kerajaan baru.

Sunday, July 3, 2011

Unik : The World Wife Carrying Championships

Sonkajarvi: Kejohanan dunia yang telah dilangsungkan baru-baru ini di Finland begitu unik dan menarik perhatian dunia, iaitu Kejuaraan Dunia Menggendong Isteri kali ke-16.
Ratusan peserta dari 11 negara, termasuk Britain, Jerman dan Australia, menyertai kejuaraan ini di mana istrei dibawa oleh suami mereka dengan gaya yang dikenal sebagai "gaya Estonia".  Setiap peserta perlu mendukung isterinya secara terbalik  dengan kaki berpaut pada bahu suami.  Setiap pasangan terpaksa melalui  rintangan yang sangat mencabar. Sambil menggendong istri, para suami dikehendaki berlari bermula dari atas rumput, pasir, asfalt, kawasan berlumpur hinggalah  melalui halangan berair dengan kedalaman 2 meter.

Saturday, July 2, 2011

Juara Liga Perdana Bola Sepak Wanita Rusia Bermain Berpakaian Bikini Untuk Jual Tiket


Kelab bola sepak Rusia telah mengambil langkah tambahan untuk memastikan jumlah kehadiran penonoton yang besar bagi perlawanan seterusnya. Juara 3 kali Liga Perdana Russia, FC Rossiyanka, begitu terdesak dengan masalah kewangan dan  telah berjanji untuk bermain perlawanan berikutnya dengan berpakaian bikini untuk menarik sejumlah besar penonton lelaki.